Thursday, December 10, 2009

Fake Eyelashes

Semalam shopping beberapa jenis bulu mata palsu kat Times Square. Selama ni menggunakan bulu mata yg dibeli daripada Bangkok. Bulu mata tu sangat cantik, lebat, hitam & nampak real bila dipakaikan. Tapi stok 2 dozen yg dibeli aritu dah habis. Jenama tu pulak tak ada kat sini. Nak pegi sana lagi, tak tau bila. So semalam utk Ops bulu mata palsu kat Times Square lah. Kat sana dah ada banyak kedai2 yg menjual barang2 kecantikkan seperti barang2 utk salon2, rambut & barang2 utk mekap. Harganya pun agak berpatutan. Cuba mintak diskaun dgn harga yg sangat murah. Lepas tu peniaga akan bagi harga yg akan menggembirakan kedua pihak.. Bulu mata yg dibeli semalam ada 3 jenis. 2 diperbuat daripada sintetik & 1 diperbuat daripada bulu asli.


 

Ni beli kat Sinma. Made in Korea. Harga RM8.00. Memang nampak mcm tak real & over sikit. Tapi bila kena teknik eyeshadow, ianya nampak cantik & sedikit hampir taraf dgn jenama dari Bangkok tu..


 

Ni jemana dari China. Lebih kurang dari Sinma tu. Cuma pembungkusan dia secara pukal. Ada 10 pasang dlm 1 kotak. Jenis ni jugak perlukan teknik eyeshadow yg sesuai baru nampak real. Harga dia RM30. Jauh lebih murah daripada sepasang Rm8.00 dari Sinma tu.


 

 

Yang ini pulak jenama dari China juga. Harga mahal sikit. RM40.00 satu kotak. Sebabnya ianya diperbuat daripada bulu asli yg dianyam pada benang. Walaupun ianya nampak over mcm yg kat atas2 tu, tapi disebabkan ianya diperbuat daripada bulu asli, ianya akan nampak real bila dikenakan. Semua jenis teknik eyeshadow boleh tanggung bulu mata ni. Bulu mata ni jugak boleh dikenakan mascara & tak akan nampak aneh mcm bulu mata yg diperbuat daripada sintetik. Cara pemakaiannya agak susah sikit daripada bulu mata sintetik sebab ianya selalu mudah lentur. Yg mana kepada mereka2 yg tak biasa, akan menyebabkan bulu mata yg dipasang tidak rata. Tips utk mengelakkan ianya berlaku, gunakan pencabut bulu atau tweezer semasa memasangnya.
 

Thursday, December 3, 2009

Mekap test - Datin - Ampang

Cabaran kali ni ialah kastemer ni agak berumur. So tak boleh nak nampakan dia terlalu muda & tak boleh nampakkan usia sebenar dia. Warna & teknik penting untuk kastemer mcm ni. Mekap sesuai utk dia, lebihkan mata tapi jangan terlalu garang. Dengan cara & teknik2 tertentu, menyebabkan dia very the puas hati dah terus konfirm ambek aku utk majlis reception dia kat Kelab Darul Ehsan pertengahan bulan ni.. syukur..


 
 

Make-up Job - Cheras - Nov 29/09


Mekap kali ni agak mencabar sebab kastemer ni jenis yg tak nak keningnya dicukur atau dicabut. Masalahnya kening dia pulak jenis yg lebat & lebar. Tak meruncing. So aku kenakan teknik highlight putih kat atas kening original dia. Kemudian bentukkan semula keningnya dengan pensel kening. Pengantin ini juga dah pesan siang2 dia tak nak mekap yg heavy2. Walaupun aku dah terangkan yg hasil kerja aku tekniknya heavy tapi nampak light & natural. So aku terpaksa ikut kehendak dia menadangkan dia adalah kastemer. Satu lagi cabarannya ialah pengantin ni jenis yg muka nampak garang. So aku kena gunakan warna2 yg light utk pipi & lipstik dia. Mata dia tetap kena tonjolkan sikit. Tak sesua kalau semuanya light. Seri pengantin tak naik nanti. Bila semuanya dah selesai, aku puas ati, dia pun puas ati. walaupun kening dia tetap makan ati aku.. he.h.eh.e.he.he...