Monday, February 7, 2011

Job mekap dinner - February 6, 2011

     Che lupa nak angkat gambar sebelum dia.. dah separuh jalan mekap baru teringat.. x per.. masa nak angkat baju nanti, che angkat sekali gambar dia.. Ini adalah mekap dinner. tema dia bollywood. So che gunakan teknik soket & gunakan warna2 yg lazim utk bollywood..

     Kastemer ni punyai kulit yg sangat perfect. Foundation senang sangat disapu!! semuanya berjalan lancar seperti mana yg diinginkan.. syukur..


Job mekap - February 5, 2011

        Pengantin ni punyai masalah kulit pori2 terlalu kecil. Jadik kulitnya menegang. Tanpa gunakan mekap base, foundation tidak akan lekat. Bila foundation x lekat semuanya akan tanggal.. so sebelum che letak mekap base sebelum sapu foundation..

        Pengantin ni mintak mekap simple & x heavy. Oleh itu che guna warna2 natural. Basenya tetap heavy utk elakkan sebarang masalah selepas mekap nanti. Rambut che buat seperti mana dari majalah yg dia bawak utk tiru. Semuanya berjalan lancar.. syukur.. dia puas hati atas apa yg dia dapat..