Tuesday, April 26, 2011

Perkahwinan William & Kate - Kerabat England









      Jumaat ni akan berlansung perkahwinan Wlliam kerabat england. Che x heran kalau UK & US sebok2. Tapi kita kat sini siap nak siar siaran langsung napa??!! dorg ni lah yg menjahanamkan negara ni!!! semua sejarah & artifek2 kita dorg hangkut & hancurkan supaya kita jadik negara yg x ada budaya & identiti sendiri!! so apasal kita nak besar2kan lak?!?! 
mulia sangat ke bangsa dorg berbanding kita sendiri?!?!


     Kenapa tv2 station kat Malaysia ni x pun nak siarkan event tempat secara langsung??!! selain daripada anungerah2 hiburan yg x habis2 tu?!! contohnya siaran langsung Pertabalan2 pada setiap negeri ke.. perkahwinan kerabat2 negeri ke.. apa saja lah yg lebih berbentuk kepada budaya & istiadat negara ni!!


     Jadi lah bangsa yg berdaulat & tak membuat keja2 bodoh!!! hambek!!!

Le Tour De Memori



     Semalam che ada buat appointment dengan member che nak jumpa kat KLCC lunch hour. Tapi memandangkan che x leh tido langsung kelmarin, so lepas mandi dlm kol 6am, che terus bertolak dari umah. Che plan asal nak parking kat stesen LRT Dato Keramat seperti mana selalu che buat. Pastu naik LRT ke KLCC. Nak breakfast kat mamak Wisma Central. Tiba2 masa on the way tu che terpk.. dah lama x naik LRT Star. So che lencongkan haluan ke Pandan Jaya. Dekat gak dgn umah che. Che parking kat sana pastu tukar ke LRT Putra kat Masjid India.


     Sampai car park stesen Pandan Jaya tu dlm kol 7am lebih che heran. Kenapa x banyak keta? keluar jer keta, ada abangla menghampiri che.. patut ler.. kena bayar sekarang. RM3 hengget lagi. Dulu free. Patut x der org. Ramai org kat stesen tu. Lebih ramai daripada 10 tahun dulu!!! last sekali che naik kat sana masa che skandal2 dgn org sana.. gitew.. 


     Sesampai jer lrt ke stesen semua org berebut2. Che pun mcm nak berebut!! tiba2 terlintas kat kepala che. Kenapa che nak berebut sekali? apa yg che nak tergesa2kan?!! terus che berundur.. setibanya lrt yg ke 2, baru che naik.. baru che teringat betapa senyapnya lrt Star berbanding lrt Putra.. x dengar pun geseran antara tayarnya dgn landasan. Kalau Putra tu.. ya ampun!!! nak borak pun x dengar!! mcm berkarat jer landasan or tayarnya tu.


     Dalam kol 8 che sampai kat Masjid Jamek. Berebut2 org mengejar masa. Macam2 org.. mcm2 bangsa.. mcm2 kerenah.. che terpinga2. Dah lama x naik star kat. Turun dari tangga, che x tau nak tuju ke mana? seingat che nak turun bawah tanah utk ke lrt Putra ada 2 lobang. Tapi che x nampak lobang yg arah ke Masjid India tu. Ada construction berlaku kat sana. So che tuju lobang lagi satu. Yg bersebelahan sungai seberang Masjid Jamek tu. Masa nak ke sana, terus che teringat kenangan naik lrt Star tu setiap kali hari Jumahat masa che keja kat Citibank bangunan lama. Kat Medan Pasar tu. Skrg dah jadik AmBank. 


     Tiba2 che rasa mcm nak angkat gambar bangunan Citibank lama tu. Saja untuk kenangan. Che pun menyusuri lah jalan tepi antara sungai Klang dgn bangunan HSBC Medan Pasar tu. Sesampai kat bangunan tu, terflash lah kembali kenangan lama che kat bangunan & kawansan tu. Kat situ lah che mula2 keja tetap dulu. Very the jantan masa tu.. dulu area tu very the buzy. Situ lah pusat KL. Bila org cakap KL, kat area situ lah tempatnya. Medan Pasar.. CM.. Bangkok Bank.. Kotaraya.. eeeemmm... 


     Dah puas tengok2 area tu, che ke belakang ke kawasan Dataran Merdeka. Kat Bangunan Bank Pertanian dekat dgn Daya Bumi dulu adalah tempat paling hot bila kita org pekerja2 Citibank ni nak makan Chicken Chop. Ada 1 gerai tu Chicken Chop dia murah & sedap!!! RM5 hengget kalau x salah che. Memang sedap. So che pegi lah ke sana utk mengimbau kembali kenangan2 lama tu.. sepanjang perjalanan che iaitu berjalan kaki tu, rasa mcm balik ke zaman dulu jer.. perbezaannya kawasan tu dah tak segah dulu. Sebab sekrang banyak tumpuan2 lain kat Kuala Lumpur ni. Che sendiri dah x pegi ke sana dah.


     Bukan sebab che x pernah ke sana dah. Tapi dah lama x turun kereta or betul2 melawat kawasan tu. Itu yg membuatkan che terasa sangat sepanjang perjalanan che. Dah puas tengok2 dan angkat gambar, che terus menuju ke Dataran Merdeka. Nak tengok ada x perubahan besar yg mungkin che x perasan. Kereta masih banyak mcm dulu. X ada apa yg berubah sangat kat sana. Masih cantik & nampak gah dgn sejarahnya..


     Lepas Dataran, che tuju pulak Central Market!!! tempat yang sangat gemilang 10-20 tahun dulu!!! asal nak lepak, CM lah.. asal nak carik cenderahati, CM lah yg dituju!!! cenderahati x lain x bukan, papan kayu dan ucapan2 tertentu. Selamat Hari Jadi lah.. Selamat Pengantin Baru lah.. mcm2. Pastu CM terkenal pulak sebagai tempat utk print baju. Budak2 sekolah berebut ke sana buat printing group2 dorg or persatuan2 tertentu. Kalau pakai baju sepatent ni mcm bangga lah.. gitew.. Jangan lupa CM jugak tempat org carik eksesori2 diperbuat daripada pelbagai medium. Kulit lah.. kayu lah.. tempurung lah.. besi lah.. mcm2.


     Tapi masa che sampai kat CM tu masih awalkan.. so x bukak lagi. Tapi CM memang dah mengalami perubahan agak drastik kat luarnya. Dorg dah buat ala2 bazaar kat luarnya. Ada gerai2 kecil menjual perlbagai cenderahati. Yang ni che memang tau. Sebab beberapa minggu lepas che ada pegi ke sana. Nampak lebih menarik lah. Utk mereka2 yg x tau, CM dulu adalah tempat cruising.. kat toilet & belakang CM tu. Tak tau sekarang masih lagi ke tak. Sebab che cruising kat Pavilion jer skrg. Gitew..


      Dari CM che ke Kotaraya.. kat sana x berapa teruja sangat. Sbb che baru jer ke sana gak. Beberapa minggu lepas. Sebab che dgn kengkawan berjalan2 ke Petaling Street. Saja buat tour gak. Tapi jangan perlekehkan kehebatan Kotaraya suatu masa dulu. Kat situ lah org pegi carik baju2 kalau malas nak ke Pertama & Campbell ok.. sama dgn S&M!!! he..he..he.. lama x sebut S&M!!! situ very the happening dulu. Ada food court kat atas sekali. Tapi sejak keluar Buletin Utama isu peralatan seperti pinggan, sudu & garpu yg dicampurkan dgn gerai2 yg jual makanan x halal, terus jatuh tempat tuh!! 


     Che dah sedar benda tu lama sebelum Buletin Utama siarkan. So che memang x makan kat sana. Cuma shopping2 jer. Dari Kotaraya che lalu ke lorong Bangkok Bank!!! he..he..he... dulu kalau nak bas mini nak ke KL, itu lah destinasinya!! Bangkok Bank. So tau lah org. Kalau Bangkok Bank tu maknanya boleh ke CM, Daya Bumi, Kotaraya, S&M, Medan Pasar, Dataran Merdeka, Metrojaya (skrg Mydin), Petaling Street dan lain2. Kat situ gak merupakan transit utk naik bas lain utk ke Gombak, Yaohan The Mall, Pertama, Campbell, Kg Baru dan lain2.. Kenangannya!!!!


     Dari Bangkok Bank, che terus ke stesen LRT Putra balik. Puas jalan2 & angkat gambar. Che pun naik lah lart Putra. Sampai kat KLCC dalam kol 9am lebih. Dah bukak rupanya. Che x pernah sampai sana seawal tu. Dorg pun membenarkan org masuk & berjalan2 dlm tu. Walaupun store2 dlm tu banyak x bukak lagi. Che terus ke food court. Sarapan kat sana. Puas bersarapan & lepak2.. che pun jalan2 lah window shopping jap.. x ada apa yg menarik sangat pun. Isetan sedang renovate groud floor dorg. Nak buat mcm mana entah.. Che singgah kat Bobbie Brown. Nak tengok foundation palette yg selalu che tengok org guna dlm youtube. Kena order. Harganya? RM880!!! boleh??!! tapi ada banyak warna lah. Dalam tu ada foundation & concealer. Tapi baik che beli Kryolan palette. Dalam RM400 jer. Sah2 che tau hasilnyaa.. 


     Lepas tu che ke Kinokuniya. Kedai paling che suka kalau ke KLCC. Apa saja buku yg che nak, ada kat sana. Gerenti ada!!! kalau x ada, dorg boleh orderkan!! Che berkenan dgn buku Interior ni.. memang meletops umah tuh!!! harus che transform umah mak che mcm tu bila che pindah sana nanti!!! bila tengok buku tu membuatkan che x sabar utk pindah selayang lak. Nak transform habis2 umah mak che tu. Dah mcm apa che tengok setiap kali balik sana. Tengah sebok2 tengok buku, tiba2 kawan che kol nak tukar venue perjumpaan kita org dari KLCC ke stesen lrt Putra Jelatek. Sebab dia halfday pulak. Kena balik sebab anak dia demam. Che kena jumpa dia dlm kol 1 tengahari. 


     Che pun habiskan lah masa dlm Kino tu.. dah puas che pun bertolak. Jumpa lah dia kat sana dlm kol 1 lebih. Lepastu che nak balik. Masa tu che berbelah bagi.. Nak naik teksi ke Pandan Jaya ke, naik lrt tukar2 mcm yg che buat paginya tu? utk rekod stesen Jelatek tu 5 minit jer jaraknya dgn umah che!!! 15 minit ke Pandan Jaya. Tapi memandangkan waktu tu lunch hour, che ambek keputusan utk naik lrt..


     Masa otw ke umah, che tiba2 terpk persiapan che shooting utk Cover Majalah Impiana Rabu ni. Che x siap barang2 utk deco atas meja. So che pun melencong ke Jusco Maluri. Yang mana dekat jer dari stesen Pandan Jaya tu.. Che pun beli lah eksesori2 sikit. Sampai umah dlm kol 3pm lebih. Terus baring kat bilik. Terus pensan!!! sedar2 kol 8pm!!! che bangun kejap, minum2 sambung lagi!!! sebab che xnak berjaga. Takut nanti x leh tido mcm kelmarinnya.. sambung punya sambung, kol 6am baru che bangun & mandi..


     Ni che baru jer lepas sarapan kat area umah. Puas tido!! x update langsung FB & blog che. Che janji kat kengkawan nak buat semalam.. so yoll.. x sempat... harap2 bebelan che ni memuaskan hati yoll.. kat bawah tu che letak gambar2 yg che ambek semalam.. kenangannya... gitew...




Simpang 4 di Medan Pasar.




Dataran Merdeka.




Bangunan Sebelah Dataran.




Simpang antara Dataran  Merdeka & Medan Pasar.








Central Market. Di luarnya.. dah lain sikit.. dulu lorong ni tempat org buat show & lain2..





Bangkok Bank. Sunyi berbanding dulu..




Masjid Jamek. 

Sunday, April 24, 2011

Rumah che dlm Majalah Jelita & Majalah Impiana ..

    


  Memandangkan baru kebelakangan ni che nak mengaktifkan diri dlm dunia blog ni dan selama ni semua update2 che hanya dlm FB jer, che tgk x ada pun entry che pasal rumah che yg pernah tersiar dlm Majalah Jelita pada bulan February yg lepas. 


     Sebenarnya member che producer drama banyak kali offer nak guna rumah che utk drama2 keluar dia. Tapi memandangkan che tau yg dia akan dtg dgn angkatan krew2 lebih dari 20 org, so che tolak lah pelawaan dia walaupun berbayar.. 


     Tapi bila kenalan che dari Majalah Jelita menghubungi che utk mengambil gambar rumah che utk disiarkan dlm majalah tu, che terus terpk.. mungkin peluang ni che boleh gunakan utk dapat contact utk job mekap kat majalah tu. So che pun bersetuju.. dgn harapan bila dorg perlukan mekap artis dorg akan carik che. 


     Malu sebenarnya.. tapi demi utk masa depan, che setuju. rumah che x lah meletops mana pun. Che sendiri tau rumah mcm mana yg layak & rumah mcm mana tidak. RUmah che dlm kategori "biasa jer".. gitew.. So dorg pun dtg lah.. sorg wartawan & sorg cameraman. Tak lama lepas tu keluar dlm Majalah Jelita keluaran bulan Februari 2011.


     Tiba-tiba dua minggu lepas che terima panggilan daripada org Majalah Impiana majalah terkemuka pasal Interior kat Malaysia ni. Katanya berminat utk shoot rumah che utk keluarannya yg akan datang. Memandangkan che pun nak jual rumah ni, apa salahnya che punya kenangan rumah che tersiar dalam majalah Impiana.. yg mana menjadi impian setiap hadek2 yg sukakan deco2 ni.


     Biarlah hadek2 lain kata che berangan ke apa ke, ini hanya lah utk kenangan. Tak lebih dari tu. Asalnya dorg dapat contact che dari member che yg kenal org Impiana tu. Dia hantar gambar rumah che sbb bagi dia, rumah che layak utk menghiasi majalah tu.


     Memandangkan che x nak berhabis2an mcm apa yg che buat masa untuk majalah Jelita dulu iaitu beli mcm2 barang eksesori di Ikea & lain2, kali ni che ambek keputusan utk pinjam jer beberapa barang. Untuk tidak membazir semata2 untuk shooting jer. 


    Untuk rekod che x ada set dining yg lengkap kat rumah che. Tak pernah che terpk utk beli 1 set utk meja makan che. Sebab rasa mcm mokcik2 lak kalau beli set2 ni. So apa yg che ada semuanya lain2. Contohnya pinggan 1 set.. cawan 1 set.. piring 1 set.. tapi sesama barang2 tersebut, semuanya belainan warna & corak.


     Memandangkan majalan Impiana adalah majalah interior terkemuka kat Malaysia ni, che xnak lah pandang remeh set dining tu. Dan utk berjimat, che ambek keputusan utk pinjam dari kawan che yg che yakin mak dia ada set dining lengkap dgn warna yg che inginkan. Iaitu warna hitam. Supaya nampak lain daripada lain. Che berjaya mendapatkannya beberapa hari sebelum hari shooting. Arcoroc lagi. Jenama kegemaran che. Gitew..


     Hari yg dijanjikan tiba.. dtg lah wartawan tu. Orangnya mesra. Selesa che menjawab soalan2 yg ditanya. Tak lama kemudian, cameraman dia pulak tiba. Terus lah shoot.. habis semua sudut diambil. Dalam masa 3 jam lah proses ni semua. 


     Dalam menjawab2 soalan wartawan Impiana tu terkejut bila che menerangkan beberapa item kat umah che tu adalah buatan tangan che sendiri. Dia sangat teruja dgn kebolehan che mencipta pelbagai lampu & hiasan. Dia mencadangkan che supaya membukukan idea2 & item2 yg terdapat dlm rumah che tu. Dia boleh tolong che utk urusan penerbitannya nanti!! che terkesima bila dengar idea dia & betapa mudah sebenarnya utk menerbitkan sesebuah buku. Yang penting idea mesti lah menarik.


     Beberapa hari lepas che dihubungi sekali lagi oleh wartawan Impiana. Memberitahu che yg rumah che akan dijadikan Cover untuk keluaran June 2011!!! terkejut giler!!! cover ok!!! malu pun ada!!! dorg akan datang semula iaitu hari Rabu ni bersamaan April 27/2011 untuk mendapatkan shot utk cover. Dan pastikan angle yg betul & menarik. Muka depan lah pulak.. gitew.. Che pun terkedu jap lah.. sebab seti dining tu che dah pulangkan kat member che. Tapi che cadang utk beli beberapa item utk matchkan dgn apa yg che dah ada skrg ni. Sbb rasa bersalah pulak. Tak kan asek nak pinjam jer? eeemmm....


    Nanti bila wartawan tu dtg che nak bincang betul2 mcm mana nak menerbitkan buku yg diperkatakan tu. Che akan jadikkannya suatu kenyataan!!! teruja sangat!!! bayangkan che ada buku che sendiri!!! WOW!!!! bestnya.. nanti kalau ianya jadik kenyataa che akan update dlm ni na.. kat bawah ni gambar2 yg che letak kat facebook dulu. Gambar dari majalah Jelita keluaran February 2001..









     

Lambakan MAC tiruan di Danau Kota..

    
     Tadi che temankan kawan che ke Danau kota. Dia nak carik ikan peliharaan untuk akuarium yg baru dia miliki. Memandangkan semua kedai dah sah2 tutup mlm2 ni kan, so che pun ada teringat kat sana ada 1 booth jual pets. So kita org pun ke sana lah.. 


     Tempat dia yg dulu tanah kosong atas bukit tengah2 pasar malam Danau Kota tuh. Sampai kat sana memang ada pelbagai jenis ikan & haiwan2 lain. Yg paling menarik bagi che, Sugar Glider.. binatang yg berasal dari Australia.. dia ala2 tupai kecik yg meloncat dari pokok ke pokok. Ada mcm sayap kecik antara kaki depan dgn kaki belakang dia. Comel sangat. Mata besar. Muka kecik. Manja pulak tu. Yg kedai tu jual harganya RM240. Kalau besar binatang ni, mungkin che berminat. Ni kecik jer. Ala2 besar tikut. Cuma bulu panjang & ekor panjang sekali ganda dari badan dia. 


     Lepas kawan che beli ikan yg dia berkenan, kita org terus balik. Sepanjang menyusuri pasar malam tu, che dapati berlambak2 kedai jual barang2 kosmetik tiruan. Terutama MAC. Semua gerai yg jual kosmetik, mesti ada barang MAC tiruan tuh!! Bukan nak menutup periuk nasik peniaga2 nia.. tapi seperti yg che cakap dlm entry che sebelum ni kita x tau kandungan yg ada dlm barang2 ni. Kita letak pulak kat muka kita or pelanggan (utk mekap artist).. Kalau jadik apa2, kat sapa kita nak mengadu? kat sapa ktia nak saman? kilang MAC original? Layak ke? berhak ke?

     So che nasihatkan kepada sesapa yg jadik penggemar MAC tiruan, start lah guna yg ori. Kalau x mampu, beli jer lah jenama2 yg ala2 pun.. Loreal & the geng.. sekurang2nya dorg berdaftar. Kalau jadik apa2 kita boleh ambek tindakan. Sebab takut kena kanser.. barang2 terlarang & bahaya terkandung dlm jenama2 kosmetik tiruan ni. Kita kalau boleh nak hidup lama.. dan cantik sampai tua. kalau dah cacat separuh hidup? menyesal x sudah.. gitew...



     Kepada sesapa yg nak tau rupa sugar glider tu, ni ya.. comel!!!





Thursday, April 21, 2011

Jenama2 kegemaran che - Kryolan / MAC / PAC / Make up forever / Make up store / Sari ayu..

     Orang bila cakap pasal barang mekap, sekarang ni mesti akan keluar nama MAC. Kalau nyah pulak mesti Kryolan & Miyami jadik pilihan. Dari dulu lagi. Che dah try & guna pelbagai jenama yg ada dipasaran. Baik yg murah hingga lah yg mahal. Kalau yg mahal tu kebanyakannya hanya che beli bila selalu dengar good review pasalnya & try sendiri. Terutama review2 kat youtube. Unfair tau.. dorg beli jenama2 yg kita kat sini kena pk 2-3 kali sebelum beli, mcm beli jenama2 drug store jer.. (drug store tu.. ala2 kat farmasi & super2market..) Ya lah, mana tak nya? exchange rate berapa lah pulak? beli MAC mcm beli Revlon jer..


     Kalau jenama2 murah selalunya che try sendiri di Watsons.. Guardian.. supermarket2.. buat masa ni jenama2 dari China memang x menepati quality control che. Ini kerana barang2 dari sana selalunya bahaya.. sbb kita x tau apa kandungannya.. & negara china pernah kecoh isu susu milamine suatu masa dulu. Kalau susu baby pun dorg boleh kotak katikkan, apa tah lagi barang kosmetik yg x masuk perut?


     Satu lagi sebab che kureng barang kosmetik dari sana kerana memang x ada kualiti. Warnanya x menyerlah & x tahan lama. So sapa yg akan kena maki dengan kastemer nanti? che gak.. he..he..he.. buatnya kena kanser? lagi menakutkan.. x pasal2 kastemer jadik mangsa. Paling che xkan buat & pantang ialah beli barang berjenama terutama MAC kat pasar malam.. Danau kota.. dan lain2.. kalau setakat berus/ span / bulu mata / kotak dan lain2 selain dari basic item, x per kot.. tapi tetap boleh nampak perbezaannya bila pakai nanti. contohnya bulu mata.. ianya keras berbanding yg original.


     Bagi mereka2 yg baru mengenal dunia solekan ni, che gerenti dorg x tau tentang kehebatan negara jiran kita Indonesia dalam dunia kecantikan ni. Terutama cosmetics. Banyak jenama2 hebat lagi berkualiti dari negara tersebut diserata dunia. Antara jenama yg sudah berada dipersada antarabangsa ialah PAC. Kris Dayanti juga punyai koleksi under her name. Iaitu KD by PAC. Semua koleksi itu adalah warna2 kegemaran & products2 kegemarannya.


     So dalam entry che kali ni che akan senaraikan jenama2 yg ada dalam simpanan & yg che guna bila che buat solekan untuk kastemer & diri sendiri. Bagi mereka2 yg x tau tentang asas mekap, che akan terangkan 1 per 1.. 


     Semua penggunaan jenama2 dibawah bergantung kepada tema majlis.. tempat yg ingin dihadiri & jenis kulit kastemer. mari kita mulakan.. gitew...




1. Asas/ basic - Foundation = Kryolan / Neutoractor / MAC / Sari Ayu / PAC / Stage. 


2. Loose powder / compact powder = Kryolan / Pixy / MAC / Sari Ayu / Make up forever.


3. Eyeshadow = Bloop / PAC / Sari Ayu  / Make up store / MAC / Body Shop / PAC / Make up forever.


4. Blusher = PAC / Sari Ayu / MAC / Make up store. 


4. Eye liner & brow - pensel & liquid = Avon / MAC / Lore'al / Body Shop.


5. Lipstick / lip gloss = Sari ayu / MAC / PAC / Elizabeth Arden / Make up store / Stage.


6. Shading / concealer = Kryolan / Stage / MAxfactor / PAC.


7. Bronzer / highlighter = Stage / MAC.




   
     Ini yg che ingat lah.. x che pun semua dlm beg mekap che tuh. Tapi che gerenti banyak lagi jenama2 yg che tertinggal. Tapi ini hanya untuk pengenalan kenapa semua. So kalau ada sesapa nak tanya apa, tanya lah ya.. che akan cuba jawab.. kat bawah tu tu letak website2 jenama2 yg che sebut2 tadi..


Kryolan - http://www.kryolancosmetics.com.au/
Make up forever - http://www.makeupforever.com/
PAC - http://www.pacbeauty.com/index.php/en/
Sari Ayu - http://www.sariayu.com/
Stage - x jumpa lak.. he..he..he..
Avon - https://www.my.avon.com/REPSuite/loginMain.page
Body shop - http://www.thebodyshop-usa.com/
Make up store - http://www.makeupstore.se/usen/home.php
MAC - http://www.maccosmetics.com/index.tmpl




     

Monday, April 18, 2011

Operasi Pinggan pusaka..

     Salam pagi semua.. che nak cerita pasal operasi mencarik pinggan antik pusaka gitew.. panjang gak lah kot kisahnya nanti ni.. mari kita mulakan..


   Sabtu lepas April 16/11 che dgn kawan che Azrin & Haris lepak2 kat area Jalan Tar.. pegi pasar malam.. Gulatis.. Sogo.. Pertama.. & City One Plaza.. kat sana Azrin & Haris beli aksesori utk andaman dorg. Dapat harga istimewa.. che guna teknik gatal2 dgn bangla tu.. he..he..he.. lepas tu kita org tengok wayang cita Scream4 kat Caps Square.


    First time gi sana. Meletops gak. Cuma x ada org sangat. Baru lah che dapat tau yg TGV kat situ adalah port utk org tgk cita Hindustan. So ramai kaum Singh.. abangla.. dll.. berbalik kepada cita pinggan che tu. .he..he..he... so lepas tgk cita suspender tu.. kita org lepak lah kat Kg baru.. makan2.. minum2.. cuci mata.. gitew..


    Seperti biasa kita org kalau lepak2 mcm2 topik keluar.. dari cita hantu sampai lah cita sex!! he..he.he.. tup2 terkeluar cita pasal pinggan2 lama.. Arocopal.. Acoroc..Pyrex.. dll.. che cita lah che x ada pinggang mangkuk2 yg boleh mak che & nenek che turunkan kat che. Sbb che adik beradik pelingkup kat rumah tuh!!! bayangkan che boleh buat penutup Tupperware original yg mak che beli sebagai mumbereng!! baling2 ke langit passing2.. dgn adik che.. bila landing kat atas bumbung umah org, Masuk umah ambek yg lain!!!


     Patut lah che selalu kena sebat masa kecik dulu. Jahat mengalahkan mat rempit!! he..he..he.. pinggan mangkuk jangan cerita lah. Beli hari ni, hari ni gak berderai!! pasal tu mak che selalu beli yg branded2 jer.. utk tahan lama. Tapi kalau anak dah mcm jembalang botol, sama jer.. he..he..he... pasal tu lah segala benda2 lama memang x ada dlm simpanan mak che. Semua hangus dibawak angin..


     So.. bila dok cita2.. kawan che si Haris cakap kat kg dia ada banyak!!! kalau che nak, dia boleh uruskan!! che punya lah teruja!!! sebab che tgk pinggan yg che nak tu ada jual dlm mudah.my sekeping RM10. che nak beli x beli2.. bila Hariz ckp mcm tu che pun cakap NAK LER!!!! dia cakap monyang dia ada banyak. So kalau mintak 4-5 keping x der masagalahnya.. 


     Che suruh dia kol mak dia kat Negeri Sembilan tu dulu. Kalau kompom ada, kita org akan buat Operasi Pinggan pusaka esoknya.. iaitu hari Ahad. Semalam lah.. pagi Ahad tu Hariz  kol ckp pinggan tu mungkin ada kat rumah lama dia membesar tu. Tapi rumah tu dah jadik pusat Tahfiz anak yatim. Kalau ada banyak & dorg x pakai boleh lah ambek.


     Kalau x ada kat sana kita org akan memberanikan diri pegi ke rumah monyang Hariz yg agak misteri nusantara. Kat sana memang gerenti ada. Cumanya rumah tu agak menyeramkan  mengikut kata Hariz. Bermula lah Ops Pinggan Pusaka kita org...


     Kita org bertolak kol 2pm hari Ahad.. perjalanan sangat menyeronokkan.. kita org nyanyi sama2 lagu lama yg sedang dimainkan..  lagu Frans lah.. Nora lah.. Shima lah.. Ramlah Ram lah.. dah puas nyanyi dlm pukul 5pm kita org sampai ke tempat dituju.. che x ingat nama Kg tu.. Pelangai kot.. sampai jer kat rumah lama yg sudah dijadikan pusat Tahfiz anak2 yatim tu, kita org disambut oleh budak2 kat sana dgn hormatnya.. rasa terharu pun ada..


    Terus che rasa x sampai hati untuk ambek kalau ada pun pinggan tu kat sini.. kecuali memang ada berpuluh2 kat situ. kita org buat2 berlakon melawat rumah tu.. Hariz bagitau lah kat budak2 tu yg dia pewaris rumah tuh.. so dorg pun benarkan lah kita org ronda2 sekitar luar & dalam rumah tu.. masa tu mata che dah tertumpu kat rak pinggan mangkuk.. tapi che x nampak pun.. so che pun terus lah melupakan hasrat che tu..


    Kalau ada pun che x sampai hati nak ambek!!! kesian budak2 tu.. Hariz selongkat rak2 tu.. dia jumpa.. & tanya kat che.. nak x? che cakap x payah lah.. tapi kita org xnak lah tunjuk kat budak2 tu niat sebenar kita org.. bila dah hampa.. che terus tanya pasal rumah monyang dia yg misteri itu.. ada org x kat sana skrg? berapa org dok sana skrg? bila dia bagitau umah tu hanya 2 org jer yg duduk, che pun ala pujuk dia ke sana.. sesampai jer kita org ke rumah monyang dia tu, ternampak ada kereta pakcik dia. pakcik yg dia kureng sikit..  menurut dia Ops pinggang susah sikit kalau ada pakcik dia tu..


    Kita org masuk gak akhirnya rumah moyang Haris tu memandangkan kelihatan pakcik dia tu mcm tengah berkemas2 nak balik. Masuk jer rumah tu suasana ni gelap sikit.. dan kelihatan muram jer.. itu membuatkan lagi cerita2 seram tentang rumah tu yg hari & azrin cerita tu lebih menyeramkan.. lepas salam dgn pakcik.. makcik.. nenek & monyang Haris, dia terus menuju ke dapor!!! he..he..he.. dia cakap dgn nenek dia nak beberapa keping pinggang lama untuk buat wedding.. kastemer nak pinggan lama mcm tu katanya!!! pandai menipu warga emas kan!!! dosa kering x pasal2.. nenek dia pun cakap.. ambek lah!!! berbunga2 hati che terus!!! dosa kering, dosa kering lah!!! he..he..he... 


     Haris terus selongkar almari pinggang mangkuk nenek dia tu. Dia tunjuk pinggan yg che idam2kan tuh!!! tu dia!!! tersergam indah!!! dia ambek 5 keping pinggan makan.. & 6 keping piring.. dgn corak yg sama.. dia jugak mintak teko lama yg terletak dlm almari sebelahnya. Tapi dengan corak yg agak berlainan.. Tapi kalau bagi, che ambek jer.. gitew... 


     Dah dapat apa yg che nak, baru lah kita org relax2 dlm umah tu.. minum2 & sebagainya..  dah puas minum2 kita org pegi belakang umah.. sbb Haris nak carik daun Puding utk buat masak rendang.. first time che dengar ttg daun tu.. lepas kutip daun tu, masa nak masuk dlm rumah balik kita org ternampak pinggan & piring antik sama design dgn yg kita org ambek tu kat luar rumah.. terletak x digunakan. so apa lagi?!?! che terus ambek & cuci.. bertambahlah pinggang & piring che!!! he..he..he...


     Bila masukkan semua pinggan & piring2 yg che nak tu dlm plastik beg, che cakap dgn Haris & Azrin che nak tengok bilik atas.. bilik yang dorg katakan misteri.. bilik yg x dibenarkan sesapa pun masuk.. tapi dihias cantik serba kuning.. bilik yang dibiarkan kosong terhias.. gitew.. lepas dapat kebenaran dari nenek Haris, kita org pun naik ke atas.. dgn perasaan yg agak takut.. sampai kat atas keadaannya sama.. suram & gelap.. x ada tingkap dibukak. bilik yg dimaksudkan tertutup rapat!! Haris hanya berani untuk mengintai dari lobang kunci pintu jer.. che pun x berani lah nak suruh dia bukak!! x nak carik pasal!!!


     Kat bilik sebelah pada bilik tu pulak ada bilik yg digunakan oleh monyang untuk menyambut baby. Untuk rekod monyang Haris tu bidan kat kg tu.. lantai bilik tu ada lobang2 untuk mengalirkan air ke bawah.. bilik tu jugak digunakan semasa memandikan jenazah aruah datok Haris.. memang bilik tu seolah hanya untuk kegunaan upacara2 begitu.. mungkin rumah2 lama memang ada bilik mcm tuh.. 


     Memandangkan kita org pun x lah berani sangat nak buat apa atas tu, kita org terus turun balik. Tapi sebelum turun tu che beranikan diri utk mengintai kat lobang pintu bilik misteri nusantara tu.. x ada apa yg che nampak sangat sbb terlalu kecik lobang tu. Tapi che nampak ada katil antik besi.. cadar kuning berenda2.. kemas x terusik katil tu.. yg mengherankan che.. kenapa bilik tu terang benderan berbanding bilik lain & ruang atas tuh... sedangkan tingkap bilik tu sama tertutup tingkapnya!!! macam mana tu?!?!!


     Che lupa bagitau tadi kot.. moyang Haris tu masih hidup & duduk kat rumah tu. umur dia lebih dari 100 tahun!! kecik jer orgnya.. dia masih boleh berjalan.. cuma terhingkut2.. lepas tu dia mcm nyanyok2.. sentiasa akan mengeluh sakit.. aku sakit.. aku sakit katanya.. bila senja menjelma, Haris kelam kabut nak balik.. dia x berani dok umah tu waktu malam & senja.. nenek dia yg menjaga monyang dia tu pun menurut dia selalu dengar bisikan2.. & cakap yg bukan2.. kebetulan waktu senja tu menurut Haris nenek dia seolah2 dah lain kelakuannya.. tu yg dia nak balik cepat2 tuh..


     Masa on the way balik KL, kita org singgah makan durian kat tepi jalan.. kat Tanjung Ipoh.. dah puas makan.. masuk balik keta, over heated katanya!!! terus kat H!!! keta che tu mmg ada masalah tuh!!! dah hantar repair berkali2 tapi sama jer!!! tiba2 jadik!!! x tau kat mana salahnya!!! so kita org terpaksa tunggu keta tu sejuk.. bila dah rasa sejuk kita org gerak.. tapi masih x leh gak!! bila dah rasa mmg x ada harapan nak sejuk keta tu, che pun talipon ler insurans keta che untuk suruh tarik keta che.. kalau boleh sampai ke KL lagi bagus!!! tapi insuran che tu cakap dia cover towing max RM300 jer.. selebihnya che kena tanggung. Perjalanan dari tempat kita org ke KL berharga RM480!! so che kena tambah lagi RM180!! xnak che!! 


     Kita org ambek keputusan untuk tarik ke rumah parent Haris. Kat Ampangan. Negeri Sembilan gak. Ke sana free... keta che tu kena biarkan semalaman, esoknya akan ok.. so kita org plan nak bermalam kat rumah Haris tu.. x pun lepak 2-3 jam ke.. sampai rumah Haris, abg & adik dia kerjakan keta che tuh!! mcm2 benda dorg bukak & korek2.. mcm2 benda tersumbat kita org jumpa. Segala tempat tersumbat.. berjam2 godek2 tapi hasilnya sama gak!!! hangin sgt!!! kita org pun ambek lah keputusan nak x nak tido kat rumah tu..


     Masa makan malam.. mak Haris pun bukak lah cerita.. katanya dia ada berpesan kat Haris  sehari sebelum kita org bertolak buat Ops pinggang kita org tuh!! pesan dia ialah.. kalau moyang dia nak bagi apa2 or pinggan nanti, jangan terima.. tapi kalau dari nenek dia x per.. sebab mak dia mengesyaki yg moyang dia tu ada "benda"... pasal tu moyang dia masih hidup.. utk rekod che percaya benda2 nih.. so kalau moyang dia offer nak bagi benda2.. takut2 nanti benda yg nak dibagi tu ada "benda" tu sekali.. ala2 pewaris ler si Haris tu nanti!!! secara halus "benda" tu turun ke dia!!! 


    Bila mak Haris cakap mcm tuh, terus kita org terpikir!!! mcm mana dengan pinggang & piring kat luar rumah yg che ambek tanpa kebenaran tu?!?!! pinggang elok yg diletakkan kat luar tuh?!?! kenapa pinggan tu kat luar?!?! adakah untuk memberi "sesiapa" makan bila perlu nanti?!!! adakah pinggan tu untuk kegunaa "sesiapa" nanti?!?!!


    Aoyoyoyoyoyoo!!!! meremang bulu roma bila pk!! tapi che malas & xnak pk yg bukan2 dulu.. selagi x jadik apa2 che rasa x ada lah.. bila jadik apa2 baru che nak pk apa langkah seterusnya.. buat masa sekrang ni che nak happy sebab dapat gak pinggan lama masa che kecik2 dulu.. teringat makan nasik lauk masak lemak putih ikan tenggiri dgn kicap dlm pinggan tuh!!! sedap sangat rasanya!!! he..he..he...


    Kita org bertolak dari Ampangan Paroi kol 7 pagi tadi.. sampai KL kol 9.. meter suhu tu naik 2 kali.. tapi turun balik.. nasib baik x perlu ditunda lagi!!! syukur sesyukurnya!!! memang mencabar & happy sangat pengalamaan & perjalanan che sepanjang semalam.. best sangat.. lepas ni kalau ada apa2 che x berani nak bawak keta tu lagi dah!!! benda cepat jadik lambat!!! 


    Apa pun che berterima kasih kepada Haris atas jasa dia & usaha dia utk merealisasikan impian che.. terima kasih gak kat Azrin sebab sama2 berkongsi masa & titik peluh semalam.. gitew... dan.. seperti yg ditunggu2.. ini lah gambar pinggan & piring yg memberi pengalaman misteri nusantara & kegembiraan sepanjang hari kita org semalam!!! he..he..he... mungkin bagi korang biasa jer.. tapi bagi che...yahoooooo!!!!! gitew...








     

Cita hari April 15/11 - Jumahat..












Hi yoll.. seperti dijanjikan.. ni update sepanjang keluarnya che semalam.. nak tau kenapa gambar kaki utk status ni? tunggu.. citanya menyusul.. gitew..

1st che nak cita benda2 berlaku masa che kat klcc.. che ke sana utk gi MAC & Makeup for ever.. pastu jumpa opismate lama. kita org lepak kat food court. Tiba2 dato K lalu sebelah che.. wow!!! memang taste org tua tuh!!! patut ler jadik rebutan!!! bagi che dia tinggi ler kalau ketinggian dia paras mata che. sbb selalunya org kat paras2 idung che jer.. gitew.. badan dia sedap lah utk org seusia dia. tone kulit dia sekata & kemerahan.. mmg segak.. nampak lah gaya org ada2.. nampak seorg yg caring & tegas.. eeemmm...

bila dah duduk & minum2 tiba ada pompuan cha ya ni lalu sebelah meja kita org.. che tergamam kejap!!!! dia pakai long dress kali ala2 tshirt tapi lagi 2cm akan menampakkan underwear dia!!!! dia ingat dia kat mana?!?! umah?!! bilik air??!! lorong pelacoran?!?!! semua org dok tgk dia!!! mmh x sesuai langusung baju dia tuh!!! kot ya pun agama dia x larang pun, tapi boleh x jadik manusia?!?! binatang pun x pakai mcm tu tau!!! gitew...

pastu che nak tengok wayang kat wangsa walk... turun2 hujan lebat giler!!! nak ke car park (luar klcc) x leh.. kita org terpaksa jalan2 buang masa kat dlm klcc tu.. turun balik, masih ujan!! nak x nak korg terpaksa beli payung.. pegi cold storage harga 20 hengget!!! come on lah!!! xkan che nak spend byk tu sekadar terpaksa? berlambak payung kat keta che tu.. kita gi lak ke guardian farmasi. ada rm6.99.. he..he.he... kwn che ckp budak2 punya.. che ckp asalkan berpayung cukup lah!! pastu kita org ketawa berkekek2 masa try2 payung tuh!!! he..h.e.h.e.. bila kita org naik atas keluar... hujan ala2 dah berhenti!!! kak nam!!! tapi ada lah 2-3 titik!!! nak puaskan hati yg tgh membara, kita org bukak gak payung sendu tuh!! he..h.e.he....

sampai wangsa walk che beli tiket.. ingat nak tgk Scream 4.. x start lagi katanya.. so tgk Love other drugs.. best.. 3.5 bintang che bagi.. kita org dok depan barisan budak2 pompuan bertudung.. ramai ni.. masuk2 dah dengar sora dorg berkekek2 buat bising!!! mcm perangai bohsia fried mee!! tgh tgk2 iklan wayang tu, tiba2 kepala kwn che terhantok. pastu pompuan belakang tu cakap.. sori2.. kengkawan dorg ketawa2.. sedangkan kwn che tgh sakit nih!!! x tau apa dia buat, rupanya kepala kwn che tu terhantok dgn kepala dia!!!! mcm mana tu?!!! x per lagi.. bila cita tu play ada scene2 romen menggetis dorg kat belakang!!! ya ampun!!! baru che membebel pasal tudung2 smlm, tiba2 jumpa 1 kg!!! che sabar lagi.. tiba2 kwn che tunjuk selang beberapa kerusi che, atas kaki atas tmpat sandar!!! bukan main tinggi kaki dia!!! dekat dgn kepala che!!! che tanya pompuan bertudung punya kaki ke?!?! geng dorg ke?!?!

kawan che ckap ya.. apa lagi?!?! che tiba2 cakap... ko ada bau x??!! mcm bau kaki lah!!! kaki sapa busuk ni?!?! x ada respond ok!!! kaki dia masih kat sini!!! pastu che angkat kaki che lagi tinggi dari dia!!! kwn che dah dok ketawa.. dia tetap berdegil!!!! ooohhhhhhh nak tunjuk keras dgn che yek!!!! che ambek hp, set on flash, terus che snap!!! click!! click!!! pastu kita org ketawa... x sampai seminit lepas tu dia turunkan kaki!!!! pastu dengar dorg cakap.. entah.. x tau.. kenapa? entah.. mcm turkujut & penuh pertanyaan!!!

tu lah gambar kakinya tuh!!!! pompuan biadap!! kaki org yg lupa dia perempuan.. melayu & dia bertudung!!! hambek!!!! salah org ya ko nak buat hal!!! tu belum che bersora lagi!!! bersora adalah tindakan terakhir che!!! kalau che bersora, mmg menagis semua org yg carik pasal dgn che!!! gitew...

panjangnya status ni... novel ke?!?! sehari bersama che wan.. gitew.. he..he..he...

Friday, April 15, 2011

Make-up Job - April 09/10 (Dinner)

     Sekali lagi che dipanggil oleh kastemer yg sama yg che mekap beberapa hari sebelumnya. Atas sbb dia puas hati dgn hasil kerja che. So hari seterusnya ini dia minta supaya che buatkan dia kehihatan lebih lembut & ayu berbanding mekap beberapa hari sebelumnya..


     So che menggunakan teknik soket juga.. tapi kali ni dgn warna yg lembut & menggunakan glitters silver.. ianya akan memberikan impak yg drastik namun lembut.. untuk blusher & lipstiknya pula che gunakan warna pink.. supaya kelihatan lembut juga..












Kastemer seterusnya che gunakan teknik yg sama.. dorg mmg plan dua2 nak nampak cute2 gitew.. tapi dia che gunakan glitter warna merah.. tapi disebabkan kelam kabut che x sempat nak angkat gambar dorg betul2.. ni jer yg che sempat.. uwaaa...











Pada keesokan harinya che ke Mandarin Oriental hotel sebelah KLCC utk mekap 2 org kastemer seterusnya.. kastemer yg pertama ni dia nak mekap vogue & vast sempena parti Formula 1.. so che guna teknik smoky eyes.. che blend warna biru & itam.. lipstik che guna warna agak nude.. begitu juga dgn blusher.. rambut dia che buat bun siput & letakkan crown kecik kat sisi.. 


tapi che lupa nak angkat gambar selepas.. sbb secara tiba2 ada seorang lagi nak che mekap dia. lepas tgk hasil kerja che..jadik 3 org lah semua.. tu yg kelam kabut tu.. tapi hasil tetap sama.. gitew... so che terpaksa mintak gambar2 dari dorg selepas party tu..












Kastemer seterusnya inginkan mekap yg elegent & vogue.. so che gunakan teknik soket untuk dia.. che guna warna merah purple shimmer & blend dgn warna hitam.. untuk memberikan impeknya.. tudungnya che buatkan sanggul & berbunga ros. che letakkan aksesori sikit kat sanggul tu.. warna dia match ala2 hitam merah..








Thursday, April 14, 2011

Mekap artist & photographer zaman ini..


Che buat mekap dah bertahun2.. dulu secara sambilan.. tapi buat full time sejak last year. Selain mekap che jugak buat fotografi & wedding planner. Sejak aktiv secara full time ni che perasan makin ramai mekap arits & photographer muncul dipasaran.    

       Ini adalah saingan sihat untuk che meninggikan kuali che dlm mekap & photography yg che tawarkan. tapi apa yg terjadi sekarang ni atas pemerhatian che, kebanyakkan yg hadir dipasaran hanya merosakkan nama mekap artist & photographer yg sedia ada. 

       Ini berlaku kerana kebanyakan mereka yg hadir ini memilih kerjaya ini hanya kerana mengikut trend & hanya untuk mendapatkan wang extra.. kualiti mekap & photography yg mereka tawarkan hanyalah indah khabar dari rupa. 

       Selain itu mereka juga membuatkan harga pasaran jatuh mendadak hanya kerana inginkan pelanggan memilih servis mereka. Bayangkan mereka sanggup menawarkan harga RM50 untuk 1 sesi solekan!!!  sedangkan sebelum ini harga tidak pernah kurang dari RM100 untuk 1 sesi. Oleh kerana kebanyakan pengantin ingin mengurangkan kos, mereka mengambil risiko untuk terima khidmat mereka. Namun semuanya hanyalah janji2 kosong bila tiba masanya nanti hasil yg diberikan Seolah hasil tangan amator!!!

     Begitu juga berlaku pada photography perkahwinan. Ramai remaja atau golongan lelaki sekarang berebut2 membeli DSLR untuk menjadi wedding photographer. Tiada kursus yg mereka pergi. Hanya bermain dgn kamera & belajar sendiri dgn idea & pendapat sendiri. Cukup sebulan explore, mengaku diri sendiri sebagai weeding photographer!!

     Mereka juga menawarkan pelbagai pakej2 yg murah & menarik. Yg mana akhirnya mengganggu harga & konsep pasaran. Contohnya outdoor shooting. Suatu masa dulu ianya dilakukan sebagai Pre Wedding Photo. Iaitu gambar2 atau album yg diambil sebelum hari perkahwinan. Yang mana sering dilakukan oleh pengantin2 berbangsa cina. Namun sekarang ini ianya menjadi suatu kemestian yg perlu ada dlm album perkahwinan seseorg itu.

     Gangguannya & kelainan antara konsep ini antara bangsa cina & kita ialah photographer untuk pengantin melayu ini terpaksa menunggu majlis selesai& kemudiannya membawa pengantin ke tempat2 menarik utk shoot outdoor. Kadang2 melarat sehingga ke malam. 

    Di sini lah kewujudan pelapis2 baru ini sedikit sebanyak telah mengganggu & menyusahkan mereka2 yg sudah lama berada di dalam industri ini... gitew.. tak salah untuk masuk dlm industri.. tapi kena gunakan akal supaya tak menyusahkan diri sendiri & orang lain...

Tuesday, April 5, 2011

Job mekap - April 5, 2011 (Dinner)

             Syukur segalanya berjalan lancar.. che kena siapkan 2 org dlm masa 2 jam.. sampai terlupa nak angkat gambar sebelum utk baju merah tu.. yg mana dia inginkan mekap ala rock chick.. manakala seorg lagi nakkan look yg natural.. 


           che x sempat utk retouch up mekap dua2 sebab kesuntukan masa.. gitew.. apa pun che puas hati & kastemer puas ati.. gitew..
















Sunday, April 3, 2011

Saturday, April 2, 2011

Koleksi terbaru che dlm simpanan.. LT PRO..

      Minggu lepas kawan che message che bagitau dia nak pegi Indonesia.. dia tanya che nak pesan apa x dari sana? Mulanya che nak pesan rambut palsu dari rambut manusia.. sbb kawan che beli kat sana murah jer.. dlm RM60 hengget!!! kat sini rambut sintetik pun RM150 kalau nak nampak real & tebal.. kat Jenny.. gitew.. tapi bila pk balik mcm x bawak untung pun utk bisnes che. so che pesan belikan Blusher & Eyeshadow palette dari PAC.. jenama yg che suka sangat!! spoke person dia Kris Dayanti lagi!! dgn sorang lagi model tu.. lupa nama dia.. cantik giler pompuan tuh..ha!!! Dewi Sandra..

     Tapi tiba2 che dapat call dari kawan che tu ckp nak x brand 1 lagi.. brand yg sama kilang dengan PAC katanya.. pastu che tanya berapa? dia cakap lagi murah.. dlm RM100 satu palette.. so che pun setuju utk dia belikan blusher & eyeshadow dari brand tu.. iaitu LT Pro.. che google lah tadi.. mmg grand gak brand ni kat sana.. bestnya!!! x sabar nak try.. esok baru che free utk jumpa member che tu utk ambek kedua2 barang tu.. nanti che akan updatekan make over hasil dari barang tu yek..






      Kat bawah ni che letak website PAC & LT Pro tu..

PAC - http://www.pacbeauty.com/index.php/en/
LT Pro - http://potretkota.com/2009/11/lt-pro-make-up-kosmetik-resmi-jfw-0910/