Sunday, May 29, 2011

Sephora di Bukit Bintang, Kuala Lumpur..




     Akhirnya terlancar Sephora di Malaysia.. cawangan Sephora di atas berada di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dilancarkan sebulan yg lepas. Che dah lama x pegi Bukit Bintang x tau pun dah dilancarkan!! Che tau bangunan yg unik bentuknya ni adalah bangunan untuk Sephora.. tapi x tau sewal ini.. 


     Kepada mereka yg tidak mengenal Sephora, ianya adalah one stop center untuk barang2 kosmetik.. perfume.. hair care.. skin care.. beauty toolls dan lain2.. Sephora membawakan jenama2 yg tidak terdapat ditempat lain & tidak punyai kaunter sendiri.. antara jenamanya Urban Decay.. yg terkenal dgn eyeshadow primernya.. NARS.. yg terkenal dgn compact powdernya.. dan lain2.. 


     Di Sephora mereka juga punya kosmetik lengkap daripada foundation hingga ke set berus.. che sempat mendapatkan 2 way cake bedaknya. yg mana che rasa berkuali dgn harga yg sangat murah. Iaitu Rm65 sahaja.. che beli no33.. warnanya sangat natural dgn warna kulit che. Tapi bedak ni bukan utk kegunaan sendiri sebenarnya. Tapi untuk pelanggan2 che nanti.. 


     Che diberitahu tak lama lagi Sephora akan membuka cawangan ke 2 nya di KLCC. Dengan kebesaran 3x ganda berbanding dgn cawangan di Bukit Bintang ini.. che harap dgn adanya cawangan Sephora ni di Malaysia, harga2 jenama2 ternama lain seperti MAC akan rasa tercabar & akan menawarkan pelbagai tawaran istimewa & harga yg lebih menarik..


     Kepada semua.. jangan lupa singgah ke Sephora bila ada masa nanti na.. semoga pengetahuan kita lebih mendalam & semoga lebih banyak saingan jenama2 kosmetik di Malaysia ni & kita tidak ketinggalan bila negara2 lain menikmati keistimewaan barangan tertentu.. gitew...

Monday, May 23, 2011

Tragedi tanah runtuh Sekolah Agama & rumah anak yatim Madrasah at-Taqwa Hulu Langat..


        Semalam kita dikejutkan dengan berita tragedi tanah runtuh di Hulu Langat yg meregut 16 nyawa & mencederakan 9 org lain lain. Gambar di atas dikatakan diambil untuk majlis yg dirancang. Persembahan nasyid yg akan diadakan di bawah khemah tersebut.


       Jika kita perhatikan betul2 memang tanah sebelah khemah itu sangat dekat & tinggi potonganya. Sangat bahaya jika berlaku tanahnya runtuh. Namun setiap bencana yg menimpa mesti ada hikmah disebaliknya.. mungkin kebelakangan ni kita rakyat Malaysia sebok bertegang leher mempertahankan parti2 politik yg sedang kita sokong. Banyak tuduhan2 & isu2 tertentu kita guna untuk bergelagah antara satu sama lain. Sehinggakan kita abaikan kebajikan anak kita & anak2 yatim yg memerlukan perhatian kita.


       Sana sini kita dapat melihat parti2 berlawan2 menunjukkan keperihatinan mereka terhadap rakyat. Pelbagai projek dijanjikan. Dari pihak kerajaan & juga pembangkang. Tapi  tak pulak kita lihat projek2 untuk kemajuan & kebajikan anak2 yatim??!! Mereka hanya diberi perhatian bila hari raya menjelma.. berebut2 badan2 NGO.. kerajaan.. pembangkang menunjukkan keprihatinan mereka. 


       Melihatkan kepada setiap wajah kanak2 di atas & memikirkan nasib yg menimpa mereka, membuatkan air mata che berlinangan.. kelihatan kegembiraan terpancar pada setiap wajah mereka.. Semoga tragedi ini akan mengubah cara kita semua berfikir & persepsi kita terhadap masa depan & kebajikan anak2 yatim ini.. semoga perhatian diberi tidak saja tahun sekali.. semoga mereka disayangi & dikasihi sepanjang hidup mereka amin.. 

Friday, May 20, 2011

Rumah che cover utk Impiana bulan June 2011



     Tadi masa on the way ke rumah mak che kat selayang che dihubungi oleh no yg x dikenali. Rupanya pembeli umah che. Dia tanya betul ke umah che keluar majalah Impiana utk bulan June ni.. che terkejut.. dah keluar rupanya!! che diberitahu rumah che tu akan jadik cover utk bulan June. So che ingatkan dlm 25hb ke.. rupanya dah ada dlm pasaran!!


    Terus che bergegas che kedai2 jual majalah. X ada kat area warta selayang tuh!! so che balik ke rumah mak che dulu.. x lama lepas tu baru che bertolak ke Selayang Mall. Hanya kat situ jer harapan utk dapatkan keluaran terbaru majalah kat selayang ni.


     Ternyata da kat sana!! che cekau 1!! Bangga sangat bila tengok!! sebab x seperti yg che bayangkan. teknik pewarnaan yg dorg buat jadik menarik. mulanya mcm malu gak sbb umah che x ler layak sangat pun utk jadik cover..













Sunday, May 8, 2011

Selamat hari Ibu..







     Pada hari Jumaat lepas iaitu May 6,2011 mak che selamat menjalani pembedahan cataract mata dia. Semuanya berjalan lancar.. syukur. Keesokan harinya che kena bawak mak che ke hospital semua untuk membuka balutannya & pemeriksaan oleh doktor. Banyak ubat diberikan. Kebanyakannya semuanya ubat titisan. 1 jer ubat makan. Itu pun ubat tahan sakit. Hari Rabu ni che kena bawak mak che ke hospital semula utk pemeriksaan susulan.


     Memandangkan adik beradik che bercadang untuk menyambut Hari Ibu pada hari sabtu dengan bermain bowling di selayang mall, tapi memandangkan keadaan mak che tu mcm tu, terpaksa ditunda keesokan harinya. Tapi harga istimewa yg dicadangkan itu hanya ada pasa hati sabtu. So kita org terpaksa batalkan permainan bowling tersebut. Sebaliknya melakukan aktiviti sama setiap tahun utk sambutan Hari Ibu kami. Iaitu buat makan2.


     So tadi Ahad, May 08, 2011 che plan nak masak ketam masak lemak cili api, ikan cencaru sambal kering. Adik che masak kaki ayam masak rempah dgn cendawan. Tup2 pegi pasar, ketam dah habis.. terpaksa ganti dgn sotong.. ikan cencaru pun dah habis!!! terpaksa che tukar bawak masak masam manis. 


     Lepas masak, che carik lah pinggan2 yg cantik sikit utk masakan istimewa che tu.. tengah carik2 tiba2 terkejut giler che!!! bila mendapati dlm laci almari kat dapur mak che ada cawan antik yg che dok carik sejak beberapa bulan lepas!!! warna & patent dia sebijik yg che nak!!! walaupun corak bunga dia bunga lain, tapi x ada sapa perasan kalau che hidangkan bersama pinggan & piring yg che dapat kat Kuala Pilah bulan lepas!!!


     Apa lagi!! che pun carik lah piring utk cawan tersebut. Supaya dapat lengkap!! ada!!! ada 4 bijik cawan & 4 keping piring dgn corak & warna yg sama!! syukur sesangat!! happy giler che!! tapi setahu che, mak che dah tak ada koleksi antik tu. Che pun tanya lah mak che daripada datangnya set cawan tu. Rupanya set tersebut & beberapa lagi cawan2 lama bersama piringnya diberikan oleh Kak Ani jiran kita org yg sangat rapat & che membesar bersamanya. Koleksi2 lama tersebut diberikan kepada mak che semasa dia nak berpindah ke rumah baru. 


     Semasa dia kemas2 rumah & memilih barang2 lama peninggalan neneknya dia telan memberikan koleksi2 lama tersebut kepada mak che. Dari situ lah datangnya koleksi lama yg che carik tu kat dlm laci dapur mak che!! harus masa che pindah kat Selayang nanti, che selongkar habis2an rumah mak che tu!! che akan susuh set lama setempat & yg baru setempat. Harus lah susun2 dlm almari mcm mokcik2!! he..he..he...


     Tiba2 x sabar pulak rasanya nak berpindah ke selayang. Nak buat rumah tu meletops giler.. sbb kesian che tgk umah tu!! mak che x leh nak buat apa lah. Dia dok kerusi roda jer. Adik che.. eeemmm.... jantan apa dia tau kemas2 ni?!?! x ada beza che tengok rumah tu tanpa & dengan dia...

Thursday, May 5, 2011

Video klip Nora Sesuci kelopak mawar.. che bintangi ok.. he.he..he..



                                                 

    
  Lama che carik vcd ni kat umah. Rupanya kat laci yg che selalu bukak tutup. sebab selalu tgk sampai x perasan. Video ni dihasilkan dlm tahun 2001. lepas che bergelar finalis Hero Remaja. Dapat lah beberapa job. ni antaranya.

     Masa shooting video ni ada 2 org model. Che dgn sorg pompuan. X tau kenapa dia kena remove. Di rakam kat Tasik Permaisuri Cheras. Depan Hospital Universiti Cheras. Masa ni baru lah che tau yg bakat che x lah ke mana sangat. Tapi che dah buat yg terbaik masa tu.

     Jalan cita video ni che dlm pencarian yg x berkesudahan.. ke hulu ke hilir mcm org kebingungan. Tu yg mcm stress jer muka dlm video ni. Video di terkandung dlm album karaoke khas Nora Panorama. Yg mengandungi 10 lagu dlm Panorama & lagu Sesuci kelopak mawar ni adalah lagu bonus. Yg mana dihasilkan utk drama bersiri yg bertajuk serupa yg diterbitkan oleh Radius One Production.

Wednesday, May 4, 2011

Kening - antara cabut.. cukur.. threading..



     Che heran kenapa ramai perempuan kat Malaysia ni merasakan mencukur, mencabut & threading kening tu mcm dosa yg paling besar dlm hidup dorg!! benda yg memang dorg xnak buat!!! walaupun kening mcm gambar di atas!!! ya memang lah berdosa mengubah perbuatan tuhan. Tapi pada sesetengah situasi ianya jatuh kepada hukum HARUS kalau ianya mendatangkan mudarat & aib kepada tuan punya badan.

     So bagi che dosanya kecik jer berbanding dosa2 lain yg lazim pompuan2 kat Malaysia ni buat. Contohnya membuka aurat!! Ni kening mcm berok, xnak trim takut dosa. Tapi pakai baju tetek terkeluar mcm belon nak pecah!!! Kening xnak cukur takut dosa tapi menabur fitnah org 1 kampung!!! kening xnak cukur takut dosa tapi durhaka kepada suami!! kening xnak cukur takut dosa tapi berzina hari2 mcm pegi kencing kat jamban. Apa tu??

     Sebenarnya kebanyakan manusia ni xnak buat dosa2 yg terang2 org nampak & boleh dijadikan bahan. Cuba kening tu dlm baju. Che gerenti ramai org buat. Manusia x kesah buat dosa asalkan org x tau & x nampak. Kebanyakan dosa2 yg manusia buat pun adalah kesalahan2 yg memang org x tau..

     Bukannya apa.. bila kita nak mekap org, dorg xnak kening dorg diusik langsung, hasilnya akan bersepah & x kemas. Nampak comot. Walaupun che cakap che hanya nak trim anak2 kening jer. Tetap dorg xnak. So bila semua dah siap, che akan rasa ada kekurangan. Sebab kening kastemer che tu x kemas berbanding kalau dia benarkan che trim sikit kening dia.

     Kalau che cukur tinggal 2-3 helai, che pun x benarkan org buat!!! Dalam solekan ni, 50% tumpuan adalah pada mata. Sempurna solekan matanya, bermakna 50% dah sempurna solekannya.. nak sempurna solekan matanya, perlu lah sempurna keningnya.. kecuali solekan natural yg mana seolah2 x bersolek langsung. Itu dibenarkan.

     Pada kening juga lah letaknya perbezaan antara mekap artist professional dgn yg tidak. Mereka yg x professional selalunya gagal utk menghasilkan kening yg sempurna. Kerana hanya mereka yg mahir saja yg mampu melukis & membentuk kening yg sempurna.. gitew..

Tuesday, May 3, 2011

Kematian Osama Bin Laden.. konsperasi US? eeemmm...



Semua media kat dunia skrg ni bercerita pasal kematian osama & menggunakan gambar & video yg disediakan oleh pihak US. Kenapa kita kena yakin yg footage tu benar kalau org yg mengeluarkannya ada niat disebalilknya??!! kalau video anuar org x percaya, kenapa kes ni mesti dipercayai??!!

Apa yg che rumuskan kenapa tiba amerika announce dia dah bunuh osama yg dia dah carik 10 tahun tiba2?!?! org yg paling wanted oleh dorg. dan menawarkan berjuta USD utk sesapa yg bagi maklumat hingga tertanggapnya osama tuh. tapi x ada sapa pun tampil & osama seolah masih berlegar2 di dunia ni.

Pada che sebenarnya osama dah lama mati. masa us buat serangan besar2an kat afghanistan dulu. dia dah mati terkampus dlm tempat persembunyian dia. mayat dia x dapat dicarik. pasal tu x ada bukti & video yg menunjukkan dia masih hidup. dia gerenti akan buktikan yg dia masih hidup demi menyakitkan hati amerika. demi utk buktikan kelemahan amerika.

che percaya gambar di atas ada betul!!! gambar mayat sebenar di tengah. kemudian di edit cantum gambar osama. yg bodohnya amerika, kenapa terang2 penipuannya?!!! kenapa guna gambar2 yg selalu tersiar?!?! kenapa x guna gambar yg susah or jarang kita tengok?!?! sebagai photographer & super model terkena (iklan jap..) bagi che, utk mendapatkan gambar yg sama sebijik utk anggat gambar manusia or binatang adalah sangat susah!!! kecuali gambar tu disnap few frame per second. tapi dlm gambar ni, gambar osama masa hidup tu sebijik dgn gambar yg dikatakan mayat dia!!! MUSTAHIL gambar sese tu boleh sama sebijik!!!! bila diangkat pada masa yg lain!!! di tempat yg lain!!! MUSTAHIL!!! kecuali gambar tu adalah gambar yg sama!!! bukak mulutnya.. kedudukan janggutnya.. kerut pelipat pipinya.. mustahil!!!

dan kenapa pulak mayatnya tiba2 dihanyutkan dilaut dan2 tuh?!?!! kenapa masa saddam hussein dulu bukan lain dorg nak buktikan betapa hebatnya dorg!! ni mcm terus nak tutup molot!!! supaya org terus x leh tanya lagi!!!

sebenarnya apa yg cuba ditutup oleh amerika skrg ni ialah tindakan dorg & the geng yg telah membunuh anak kepada President Libia!! tindakan dorg yg menunjukkan dorg ada hak utk buat apa saja kat dunia ni asalkan dorg boleh bodohkan dunia!!! dorg cuba mengaleh perhatian org kepada kes pembunuhan osama ni. very the bangang!!! terang2!!!

dulu mungkin dunia percaya.. sbb semua sumber berita datang dari dorg!! CNN.. CNBC.. BBC & lain2... tapi serkang ni kita ada sumber2 lain yg x prime.. so sebagai manusia yg ada akal, kita kena guna akal kita utk terima berita yg ditaburkan depan kita... jangan terima bulat2.. kecuali kita memang manusia yg x berakal.. makan pun org suapkan.. kesian... gitew..