Thursday, June 30, 2011

Urban Decay eyeshadow primer kat Sephora KLCC & Bukit Bintang..








     Kelmarin che jejalan ke Bukit Bintang.. pastu saja masuk Sephora seperti biasa. Tengok2 barang.. try2 barang.. che memang suka buat keja mcm tu. Dengan cara tu baru che boleh banding2kan kualiti & harga barang2. Dan tau mana yg berbaloi utk dibeli. 

     Che selalu tengok org2 dlm youtube utk make up tutorial terutama dari Petrilude selalu guna Urban Decay punya eyeshadow primer. Utk mereka2 yg x tau apa tu, primer ni gunanya utk mengelakkan mekap kita cair & merekah. Terutama mereka2 yg mempunya kulit berminyak. 

     Pasal tu kita kadang2 tengok ada org mekap dia tertanggal kat bahagian hidung & kelopak mata. Tu menandakan make up artist tu x guna primer. Dia terus pakai foundation & bedak. Tapi sebenarnya x semua org boleh jadik mcm ni.. sebagai mekap artis pun kita x leh tau org tu boleh jadik mcm tu ke tak.. kecuali kita tanya kastemer tu sendiri.

      Memandangkan che selalu sangat tgk org pakai Urban Decay ni, che teringin nak ada satu!! tapi x ada kat Malaysia selama ni!! sbb brand ni hanya ada kat Sephora jer!! masa che pegi Singapore last year, che dah try.. tapi mcm mahal jer.. lepas convert dlm RM100 lebih kot. So malas nak beli. Sbb che pun jarang jadik mekap luntur or cair ni..

      So bila che dapat tau yg Sephora nak masuk Malaysia, che jadik excited! Nak tengok berapa harga primer tu kat sini. Kita ok lah.. dlm RM70 hengget lebih. Tapi tetap che xnak beli lagi. Sbb mcm x rasa keperluan sangat seperti mana che ckp x ada lagi kastemer che yg eyeshadownya tertanggal or mereka lagi. X tau ler lepas che balik baru merekah ke.. & che pun dah ada make up primer selama ni. Brand Benefit. Cuma jarang org pakai brand tu.

     So kelmarin seperti biasa kalau che jalan2 kat KLCC or Bukit Bintang mesti nak singgah ke Sephora! Suka sangat! Ala2 x lengkap kalau x singgah sana. Sbb mcm2 benda ada.. mcm2 brand ada.. bukan saja utk barang mekap, tapi perfume & barang peribadi gak.

     Kelmarin che singgah kat Sephora BB. Diserve oleh pompuan yg sama serve che ari tu. Tengah try2 barang, tiba2 pompuan tu offer che utk dapat primer Urban Decay 7ml percuma!! Dengan syarat che beli 3 barang. Apa lagi, tertempiaran ler che carik barang yg murah & keperluan utk che beli. Che suruh gak kawan che beli apa2 dorg nak utk cukupkan 3 barang. So che beli Sephora punya make up primer RM45. Ramai org cakap bagus. ramai mekap artis kat Malaysia guna. & berus sponge utk smudging RM28. Kawan che pulak beli nail clear coat RM29. Semuanya dlm RM100 lebih tapi che dapat Urban Decay eyeshadow primer for free!! Bestnya!!! X try lagi kat sesapa.. nanti che nak try..

*Motip status hari ni ialah.. jika anda bersabar, anda akan dapat barang dgn percuma!! He..he..he…





Monday, June 27, 2011

X suka lah.. Pengantin adjust sendiri mekap che.. gitew..

     Sabtu & Ahads lepas memang che bz giler.. hari Jumaat malam tu seperti biasa jadik judge utk miss malaysia kat BB. Peringkat saringan. Yg penting che drag Jumaaat tu. Selama ni che dtg sebagai hadek2 jer.. memandangkan ramai sangat suruh che drag, terpaksa lah tunjuk sikit skill mekap che kat org.. gitew..


     Petang tu pegi lah buat lah Ops mencarik baju baru. Sbb baju2 yg sedia ada terlalu simple & terlalu over.. x ada yg sesuai utk malam tu.. Che beli lah short kaftan warna turquoise.. utk simplekan baju tu che pakai dengan jean ligh blue.. aksesorinya lak subang pink dgn rantai ala Monggolia.. ingat nak pakai dengan tali pinggang besar.. tapi mcm tersepit lak jadiknya.. so che pakai loose jer..  


     Sampai kat BB semua org x perasan che.. ya lah semua 1st time tgk che drag kan.. kawan2 rapat & org2 fb selalu tgk gambar drag che.. kengkawan luar jer yg ramai x penah tengok.. 


     Esoknya bangun awal utk pegi ke Astro utk mekap rancangan Mari Menari II.. che mekap salah sorg perserta & Zizi dari group Fabulos Cats.. cantik dia skrg.. yg penting very sporting & tau apa yg dia nak utk look dia.. & apa yg dia mintak mmg teknik terbaru.. ala2 poster MAC.. Barbie collection..

     Esoknya che mekap utk pengantin & ke Astro.. pengantin ni yg x best tu.. lepas mekap che kemas2 barang. lepas tu baru plan nak angkat gambar.. tup2 dia pegi ke bilik sebelah nak mekap pengantip katanya.. masa che tiba2 masuk bilik tu utk tambah eyeshadow, masing2 muka mcm terkejut & bersalah.. che x tangkap apa lagi masa tu.. lepas kemas che masuk balik bilik tu utk angkat gambar.. dapat lah shoot 5-6 shots..



     Lepas balik dari Astro baru che tgk balik semua gambar2 termasuk gambar pengantin tu. tup2 che heran kenapa nampak lain sikit mekap tu berbanding last che tinggalkan pagi tu? pastu che zoom.. terus che perasan yg eyeshadownya dah lain sikit.. termasuk kening gak.. dah ada white shimmer kat pangkat mata dia & bawah kening dia. Kening dia gak dah nampak tebal & x sharp. 


      Menyampah.. che x kesah pun sebenarnyas dia nak buat apa pun. tapi sebelum che angkat gambar ler.. ni lepas.. mcm malu nak upload kat blog & fb che.. nanti org cakap che mekap comot.. patut ler muka dorg mcm buat salah jer masa che mula2 masuk bilik tuh!! he..he..he.. lagi pun kenapa nak pindah bilik kalau setakat nak mekapkan kawan dia? sah2 dgn niat utk adjust mekap che tu.. 


     Che x salahkan dia pun.. dah memang dia suka mcm tu.. biar lah kan.. tapi skrg ni che rasa rugi x dpt gambar sebelum dia adjust.. sbb dia cantik.. bukan senang nak jumpa pengantin cantik ni.. utk che upload kat blog & fb che.. tapi rasanya boleh gak kot.. takut memburukkan dia lak.. eeemmm entah ler.. 


      Kat bawah tu che letak gambar che drag ari jumahat tu.. zizi & pengantin tu.. 




Zizi Cat Fabulos Cats/ Mari Menari II




















Pengantin yg adjust2 tu.. yg atas tanpa.. yg bawah dah adjust.. kalau
org x perasan dorg ok jer.. tapi che prefer yg bawah.. gitew..



Thursday, June 16, 2011

Cara mengenali MAC original..





     Kepada kengkawan che diluar.. hari ni che akan bagi tips utk mengenali barang MAC yg original dgn yg tidak.. sebenarnya ada banyak cara.. tapi semuanya menyusahkan. Che akan bagi 1 jer cara paling senang utk kita rakyat Malaysia ni detect barangan MAC yg mana yg tiruan.. yg mana asli..


     Untuk pengetahun anda semua pengimport tunggal barang MAC ke Malaysia ialah Suria Meriang Sdn Bhd. Syarikat yg sama mengimport barang2 keluaran Loreal Group, Estee Lauder Group, dan lain..


     So cara paling mudah ialah tengok sticker kat kotak barangan tersebut. Yang original ada tulis.. Di Import Oleh.. Suria Meriang Sdn Bhd.. berserta alamat syarikat ( seperti gambar dibawah).. kebanyakan barang MAC tiruan dibawak masuk oleh syarikat2 haram yg mana barang2nya tidak diketahui kandungan & asal usulnya.. so gerenti x ada sticker dari pengimport seperti mana yg tulen. 


     So kalau ada sesapa mengaku barang MAC dorg original, make sure ada sticker tu. Pasal tu che simpan kotak asal barang2 MAC yg che beli. Utk tidak dituduh menggunakan barangan tiruan. Disamping menjaga kualit & nama che sendiri.. gitew... 


     Di bawah beberapa contoh barang MAC yg ada sticker dari Suria Meriang Sdn Bhd..









Sunday, June 12, 2011

Job mekap - Jun 11, 2011





       Hari tu che mekap dia bertunang.. dia book che utk kawin dia gak.. baik orgnya.. cikgu. Dia dlm treatment kulit.. utk kulit sensetip dia, che guna produk yg sesuai utk dia. Che memilih warna biru utk eyeshadow dia memandangkan biru skrg ni dtg balik.. tapi kena buat teknik soket ler.. utk menaikkannya.. gitew.. syukur dia puas hati..















Mekap Job - Diana Amir.. Press interview





     Che mekap Diana Amir kat Utusan Malaysia.. utk promot filem terbaru dia 3,2,1 Cinta.. antara pelakon lain Farid Kamil & Pierre Andre.. Diana sangat sporting orgnya.. dia serahkan segalanya kat che. Atas kepercayaannya.. gitew.. 1st che mekap ala tomboy.. watak yg dia bawak dlm filem tu. Che hanya kenakan foundation & buat shading bagi muka dia x woman.. x ada warna kat mata & bibir..


     Nampak pun dia mcm tomboy masa tu.. mekap ke 2 konsep cantik.. ala vogue & woman.. so che kenakan warna maroon kat mata dia.. saja bagi warna yg berani sikit dlm keanggunan.. rambut dia pun che tukar dari ala tomboy ke cantik..  che blow ke depan berbanding ke atas masa sebelumnya..


     Sessi fotografi tu meriah.. sbb kita org dok ketawa2 jer.. ya lah boring.. lama sangat kita org kat sana.. sempat makan segala.. gitew.. yg penting dia mmg selamba orgnya & mesra.. gitew..






















Ni Kosmo online yg keluar mekap che tu.. gitew..
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

Wednesday, June 8, 2011

Mekap Farid Kamil & Pierre Andre kat NSTP - June 07/11



      Mekap utk Berita Harian keluaran x tau bila.. x ada konsep pun.. photoshoot ni utk mempromosi filem terbaru dorg bertajuk 3,2,1 Cinta bersama Diana Amir dan lelain.. sepatutnya Diana Amir sekali tadi. Tapi dia ada shooting lak. So ditunda ke hari Jumahat ni. Bersama dgn Pierre lagi.


     1st time che rasa che begitu kerdil bila jumpa dorg berdua ni. Farid tinggi giler. 6 kaki lebih rasanya.. Pierre sama tinggi gak.. selama ni bila che bergambar or berdiri dgn org, che akan rasa besar sgt.. sbb mesti dorg bwah che.. tapi kali ni che bawah dorg.. eeemmm.. suka.. tapi che nampak gemok pendek lak!! x suka!! nak diet!!


     Kedua2 pelakon terkenal ni sangat sporting.. dorg mmg x ada kerenah langsung. Senang berkerja dgn dorg. Patut lah dorg disukai dlm industri.. gitew.. che mekap Pierre very the basic jer.. tapi dgn full coverage foundation lah.. sbb utk studio shooting with all the light kan.. Farid lak che x mekap dia.. sbb dia dlm treatment kulit dia. so x leh nak letak benda2 asing lagi.. so che buat rambut dia jer.. 














Ni artikel online masa mekap tu..
http://www.bharian.com.my/articles/KeranamuSam/Article/

Friday, June 3, 2011

Mekap job - Peserta Mari Menari 2001& Lisa Surihani - June 01/11

Che X sempat nak angkat gambar sangat kelmarin.. kelam kabut.. gambar che dgn lisa jer dari kamera che sendiri.. yg lain semua dari astro & internet.. che saja nak ubah sikit muka Lisa bagi nampak lain sikit dari sebelum ni kita nampak dia.. rambut dia che buat ala Taylor Swift sikit.. lisa memang very the sporting & cantik lagi.. gitew..