Thursday, July 21, 2011

Mekap Job - July 21, 2011 - Diana Amir & Senario











Seperti biasa Diana Amir memang sporting.. 1st time keja dgn geng senario.. dorg lagi ler!!

Konsep mekap che bagi kat Diana kali ni berbeza dari yg che buat masa promo filem 321 Cinta dia.. kali ni konsep very2 sweet & korean2 sikit.. che xnak buat teknik2 soket.. saja nak lari dari kebiasaan.. Diana nampak fresh sangat dgn teknik ni.. muka dia very sweet..

Walaupun che dlm susah hati tadi syukur che berjaya kontrol supaya x ganggu kerja che.. gitew..

Tuesday, July 19, 2011

Mekap Job - July 18/2011 - Mon Ryanti & pelakon laki baru MIG











Seperti biasa Mon bagi kerjasama yg sgt bagus.. semuanya berjalan lancar.. ni shoot untuk majalah Remaja bulan ogos nanti.. ramai artis shoot waktu yg sama semalam. x tau lah dorg pun akan masuk dlm keluaran yg sama ke x.. eemmm.. apa2 pun syukur semuanya selamat.. gitew...

teknik yg che gunakan kali ni agak berlainan daripapada sebelumnya.. sebab utk blend & menyerlahkan lagi Mon dgn baju kurung raya yg dikenakan masa shoot ni.. warna agak ceria & teknik yg sweet.. gitew.. utk pelakon lelaki tu, x ada apa teknik istimewa che gunakan.. hanya mekap basic jer.. utk menyerlahkan wajah dia.. gitew..

Mekap Job - July 18/2011 - Fashion Show student2 UITM









Teknik yg digunakan memang nampak kasar sikit.. sbb ni utk fashion show.. bukanpengantin & dinner.. bila dah dikenakan dgn baju yg dorg akan guna kat pentas nanti, mekap ni akan nampak blend.. x ada warna diberikan kat blusher & bibir dia.. supaya mata lebih menyerlah.. teknik & warna yg digunakan supaya selamat bila dikenakan dgn sebarang baju.. skrg kureng lah.. gitew..

Thursday, July 14, 2011

Kuala Lumpur Beauty Expo.. July 11 - 15, 2011 - PWCT



           Sejak mendapat tahu akan berlangsungnya ekspo kecantikan di Kuala Lumpur, che teruja!! sbb last few month ada IMAT (International Make up Artist Trade) kat New York. Ramai guru2 make up kat youtube sertai sebagai pengunjung & ada jugak yg bertugas di kaunter2 tertentu. Seperti Petrilude berada di kaunter jenama Sugar Pills.. Enkore di kaunter Crown Brush.. NikkieTutorial gak ada kat sana.. rasa mcm wow!! bestnya kalau event yang sama ada kat sini..


         Memandangkan hari pertama ekspo tersebut, che ada job kat Utusan Malaysia utk mekap artis MIG Mon Ryanti & Fyra Kadir, terpaksa lah che pergi ke sana hari ke 2 nya.. iaitu hari ini.. July 13/2011.. sehari sebelumnya kawan che yg juga mekap artis memberitahu beg mekap yg che guna sekrang yg berharga RM300 lebih dijual dgn harga RM170 jer!! ianya membuatkan che lebih rasa teruja utk ke sana.


         Che telah buat temujanji dgn 2 org kwn che yg mana mekap artis gak utk pegi ke sana. Dia akan jemput che kat rumah & kita org akan ke sana menggunakan LRT Star utk mengelakkan terkandas dlm jam. Sesampai kat PWCT kami seolah terpinga2 & x tau ke mana & apa yg harus kami lakukan. Tapi bila tgk semua org beratus & menulis borang, che tertanya adakah kami dimestikan utk mendaftar terlebih dahulu? sah!! mmg kena register dulu sebelum dibenarkan untuk masuk ke ruang pameran.


         Lepas register, yg mana diwajibkan punyai name card, kita org diberikan tag pengenalan diri. Masuk jer dlm bilik pameran, apa yg che bayangkan berlaku!! iaitu pameran ini akan dipenuhi dgn pemamir cha ya nun alip & barangan facial yg x tau asal usul mesin2 yg mereka gunakan & jual. Walaupun ruang pameran tersebut 2 tingkat namun x ada pun jenama ternama turut serta expo ini!! x seperti IMATS.. jenama2 high end seperti MAC.. Make up Forever.. Eve Pearl.. Kryolan.. dll.. boleh dikatakan kosmetik or barang make up yg terdapat di situ hanyalah 20% sahaja. Itu jenama2 yg baru nak naik. Yg x pernah terdapat di luar or mana2 kaunter. 


         Tapi che nampak ada jugak jenama yg selama ni susah nak jumpa selama ni. Seperti Mehron yg terkenal dgn barang2 utk special effect dia.. & NYX yg selalu digunakan oleh make up2 guru dlm youtube.. che hanya tertarik dgn 2 kaunter ni jer!! dlm ruang pameran yg terdapat beratus dlm tu!! kaunter yg membawa masuk NYX tu pun bawak Kryolan sekali tadi. Tapi x bawak produk2 yg hanya.. terhad kepada 4 jenis warna TV Stick.. lipstik & sponge.. 


         Memandangkan kaunter2 lain x ada keistimewaannya kepada che, che hanya beli 3 giant pensel NYX dgn harga RM38 & pouch beg kecik RM10 kat kaunter yg jual kryolan tu. Itu jer berjaya menarik perhatian che. Kawan che pulak beli NYX giant pensel & beg mekap beg beroda. Yg harga pasarannya RM300 lebih yg che cakap tu..


        Mungkin expo ni bukan utk make up artist kot. Memang utk kecantikan yg menjurus kepada facial.. spa.. wax.. eyebrow extensen.. nails dll.. menurut kata kawan che bulan October nanti akan ada 1 lagi expo kecantikan akan diadakan!! kali ni kat KLCC.. Kuala Lumpur Convention Centre. Kali ni mungkin terdapat jenama2 kosmetik terkenal akan turut serta!! che pun dah google. Memang akan ada nanti. x sabar nak pegi.. Siang tadi kengkononya nak buat video blog gak sikit.. tup2 malu lak tgk keadaan dlm tu!! x mcm berkualiti lak expo tuh!! mcm entah apa kampeni entah!! eeemmm...


        Ni gambar barang2 yg che beli tuh.. gambar lain malas nak shoot tadi.. memalukan jer.. gitew...







Lawatan ke Inglot Sunway



       Akhirnya setelah berbulan che nak membuat lawatan kat Inglot, sampai gak che ke sana mlm tadi.. dlm kol 8pm dgn 2 org member che yg jugak mekap artis.. dorg pernah ke sana beberapa minggu yg lepas. Dengan hati yg membara2 che masuk ke dlm cawangan tersebut.. 


      Masuk jer, che x tau nak tuju ke mana.. sebab nampak mcm2 section.. Lips.. Nail.. Eyes dll.. che terus singgah kat bahagian eyeshadow & tengok set2 palette yg digembar gemburkan oleh Enkore (make up guru dlm youtube).. ternyata Inglot gagal untuk menarik perhatian che dgn warna2 yg mereka tawarkan.. dari segi packaging memang dorg handal.. tapi kualiti yg diberikan x seberapa.. che boleh katakan utk eyeshadow dorg warnanya agak kelam.. x pop up.. lebih kurang Elianto jer..


     Apa yg menarik bagi che kat sana hanyalah variasi warna yg mereka tawarkan & pouch2 utk berus mekap.. tapi harga dia agak mahal.. warna2 yg disediakan untuk lipstik & lip gloss mereka jugak sangat lah pelbagai & meriah warna2nya.. ada saja warna yg sesuai untk apa saja acara.


     Apa yg boleh che simpulkan disini ialah.. Inglot sangat sesuai untuk kegunaan seharian org org2 kebanyakan.. bukan untuk kegunaan make up artist & untuk majlis2 besar. Harga yg ditawarkan jugak tidak lah semahal MAC & lain2 high end brand yg ada dipasaran sekarang ni.. tapi kepada mereka2 yg belum pernah menjejakkan kaki ke sana, kena nak tengok & try sendiri produk2 mereka.. mana tau ada yg berkenan.. gitew...

Thursday, July 7, 2011

Inglot Cosmetics di Malaysia..



     Satu lagi jenama kosmetik antarabangsa masuk dalam pasaran kita Malaysia. Kali ni Inglot Cosmetics yg berasal daripada Poland kalau x salah che. Telah dirasmikan pembukaannya di Sunway Piramid pada bulan May yg lepas.. Che penah dengar lah jenama ni. Tapi jarang diperkatakan di mana2. Ada 3 jer kemungkinan puncanya.. 


1. Sebab jenama ni belum masuk nagara ni & asia (utk rekod Malaysia negara Asian pertama masuk ya..) Biasa lah bila belum masuk kita x lah didekahkan olehnya. Jenama Farmasi pun che kenal dulu sebab che ternampak kat Parkson Pavilion.. walhal dah berbulan ada kat situ dulu.. 


2. Sebab jenama ni bukan berasal daripada negara2 yg mempelopori industri media. Seperti Amerika & Britain. Dua negara ni kan pegang industri media hiburan & berita.. kita terlalu bergantung kepada laporan2 yg dorg sediakan.. seperti CNN.. BBC.. MTV.. E News.. Fashion Tv dan lain2.. so jenama ni jarang che tengok dipromosikan di situ berbanding jenama2 kosmetik lain seperti MAC.. Bobbie Brown.. Estee Lauder dan lain2.. walaupun jenama2 tersebut bukan pun berasal daripada Amerika atau Britain, namun kedua negara ni punya kaitan dgn jenama terkenal tersebut.. dari segi saham & syarikat yg mengedarnya keseluruh dunia kebanyakkan berasal daripada Amerika..


3. Sebab mungkin x ada antara barangan Inglot yg teramat bagus utk diperkatakan oleh pengguna. Contoh seperti jenama Urban Decay. Syarikat kosmetik ini melambung namanya secara tiba2 apabila mereka berjaya menghasilkan Make up Primer yg terbaik dipasaran buat masa sekrang ni!! disebabkan produk itu saja, mata mula tertumpu kepada jenama tersebut & mula terbuka utk mencuba barang2an mereka yg lain.. atau mungkin juga jenama Inglot ini kualitinya hanya mcm jenama Elianto dari Korea yg suatu masa dulu tiba2 muncul & menjadik kegilaan kepada sesetengah org. Maaf che cakap kat sini.. x ada apa pun barang make up mereka yg memukau hati che.. mungkin kerana itu lah Inglot juga tidak diperkatakan oleh masyarakat dunia sangat..


     Sekarang ni selain daripada membaca di mana2 artikel tentang kosmetik, che juga menggukanakan saluran Youtube.. untuk mencari komen2 & melihat testimoni2 yg dibuat oleh org2 dari seluruh dunia.. dulu mungkin kita terbatas & bergantung daripada sumber berita yg dikeluarkan oleh negara2 luar yg mana kebanyakkannya berupa berat sebelah & mempunyai agenda tersendiri, sekarang Youtube memberikan kita berita2 & informasi2 yg terus daripada seorg individu. Kita boleh membuat penilaian sendiri tetang informasi yg diberikan.. samada benar atau sama punyai agenda tersendiri..


     Che punya ramai idola make up guru dlm saluran tersebut. Dan jarang sangat che dengar nama Inglot diperkatakan.. dan mereka tidak pun menggunakan jenama tersebut.. eeeemmmm.. tu yg membuatkan che kurang berminat utk pergi menora zain (menyiasat) apabila mendapat tahu tentang jenama tersebut..


     Memandangkan jenama ni ada mengeluarkan set berus mereka, (dah bosan dgn set berus skrg..) che akan pergi utk melihat sendiri apa yg mereka tawarkan.. harga.. kualiti.. invention.. & lain2.. che ada terjumpa 1 post oleh EnkoreMakeup (guru mekap yg agak besar namanya dlm youtube) tentang lawatanya di Inglot cawangan Miami. Che amat tertarik dgn palette set yg agak inovativ bagi che. Yang mana pelanggan boleh memilih barang2 mereka untuk diletakkan dlm set2 palette yg kita pilih.. palette2 tersebut pulak boleh ditindih2kan antara satu sama lain & menjadik set palette yg lebih besar & lengkap!! (che akan postkan link lawatan Enkoremakeup tu kat bawah ya..) bila che buat lawatan ke cawangan Inglot Sunway nanti, che akan cuba untuk angkat gambar barang2 kat sana & postkan kat blog che ni na.. & che akan buat reviewnya nanti.. 


     Sementara tu, yoll che lah website dia.. menarik ok!! gambarnya lah.. x tau lah mcm mana in reality nya.. gitew... 


Link utk lawatan Enkoremakeup ke Inglot Miami.. http://www.youtube.com/watch?v=xy0cNqe3cxI
Website Inglot: http://www.inglotcosmetics.com/

Saturday, July 2, 2011

Mekap Job - July 02/11



Kastemer ni ada masalah kulit yg sangat berminyak.. Nasib baik che tanya dia dulu.. Dia cakap semalamnya masa mekap nikah, mekap dia pecah & merekah..tapi tukang mekap lain ler.. gitew.. terutama kat bahagian pelipat senyum.. dahi.. hidung & kelopak mata.. minyak muka dia menolak mekap dia semua keluar.. utk Kulit mcm ni sgt lah x sesuai utk pakai kryolan punya foundation.. habis akan lagi terok jadik..

So che guna primer Sephora kat muka dia & primer Urban Decay kat pelipat pipi dia.. semuanya terkawal.. tapi kat pelipat pipi dia nampak tanda akan jadik rekahan.. so che letakkan primer Urban Decay tu kat pelipat pipi dia sekali.. terus ok!! memang bagus lah Urban Decay ni!! x sia2 kalau beli!! gitew..

Kastemer che ni nak konsep tradisional.. so che bagi kan dia mekap ala2 klasik sikit.. warna mata ala2 warna natural.. gold2 gitew.. utk pipi & lipstik dia, che bagi warna agak merah terang.. hanya warna mcm ni jer yg boleh lawan baju songket!! pasal tu kalau org buat ala2 nude konsepnya, x naik pengantin tuh.. tenggelam dek bajunya..

Utk rambutnya pulak, che buat bun.. dan dicocok dgn cucuk sanggul tradisional.. & digabungkan dgn bunga ros hidup.. supaya lebih menarik & hidup.. gitew.. che x leh nak buat over sangat sanggul utk dia sbb rambut dia masih melekat2 dek hair spray malam sebelumnya.. masih kusut2.. nasib baik bahagian depan dia dah bersih..

Che agak puas ler.. tapi seperti biasa, rasa mcm nak repair2 lak bila dah tgk gambar.. gitew..