Monday, December 13, 2010

Job mekap - Dec 11/10

        Ini lah pengantin paling best che dapat. Walaupun che sampai agak lambat sebab migren, dia tetap selamba. Famili dia pun best. Hantar makanan berlisih ganti..

        Memandangkan pengantin ni agak tembam, che buat teknik shading yg kuat. semasa & selepas foundation. Masa nikah che buat teknik Smokey dgn warna kelabu supaya x begitu kuat & x begitu cair. Utk dipadankan dengar baju light yellow dia.

       Semasa bersanding pulak che guna teknik soket dgn warna unggu. sbb warna tu tgh in skrg. lagipun unggu mmg match dgn pink. rambutnya pulak che naikkan supaya muka pengantin nampak panjang..













Sunday, November 28, 2010

Job mekap - November 26 & 27, 2010

November 26 - Kali ni pengantin jenis buka yg agak bulat. So kena buat shading utk mengurangkan kebulatannya.. masa nikah x sempat nak buat shading betul2 sebab lambat.. Nikah di surau Taman Ushajaya, Kepong. Sesat jalan!! x jumpa.. nikah selepas Asar.. start kol pengantin pukul 3pm.. akhirnya adik pengantin jemput di dewan yg bakal diadakan majlis persandingan keesokan harinya.. syukur semuanya berjalan lancar walaupun lambat 13 minit..
                Pengantin perempuan seorang polis berpangkat tinggi.. tak tau apa pangkatnya.. tapi org bawahan dia panggil Puan.. pengantin lelaki adik Azlee Senario rupanya.. tau masa nikah tu.. sbb dia dtg..

Novemver 27 - Persandingan. Pengantin mengenakan 2 jenis pakaian. 1 formal anggota polis kerana nak buat acara jalan bawah pedang. Acara yg hanya dilakukan bila pengantin mengenakan baju formal anggota polis. 2 baju gaun ala kebaya berwarna pink..

















Wednesday, November 24, 2010

Kompilasi.. contoh mekap sebelum & selepas..

Untuk memudahkan.. saya letak gambar mekap2 yg telah saya buat sebelum ni.. banyak yg x dimasukkan sebab kamera saya hilang.. selamat terhibur..

Wednesday, November 10, 2010

Mekap Job - Lama..

Tiba2 terjumpa gambar2 ni dalam hp.. tak pernah upload lagi rasanya..
 






Wednesday, November 3, 2010

Make up Job - October 30, 2010

Minggu lepas mmg kelam kabut sikit. Berkejaran 2 tempat. Pagi kat Ampang, lepas tu terus ke Rawang. Nak menambahkan bara di dada, jam giler pulak minggu lepas. Sebab final piala Malaysia!! kak nam!!! tapi semuanya berjalan lancar.. kedua2 pengantin & keluarga berterima kasih kat che sebab transform kan dorang..

Job No.1.. kat Ampang. Majlis pertunangan. So che buat light jer. Dari segi teknik & konsepnya. Hanya bagi pengantin tu nampak sweet & natural.. ramai gak artis dtg pagi tuh.. antaranya Amy Mastura, Mazuin & Azlina Aziz.. sbb keluarga pengantin ni selebriti gak..



























Job No. 2 .. Rawang.. Jam giler masa nak ke Rawang dari Ampang. Majlis pernikahan. Dijadualkan start kol 5. Nasib che sempat sampai ngam2 waktunya. Dlm kol 3.45. Pengantin dah menangis masa che sampai. Menyebabkan mata dia bengkak!! tapi semuanya berjalan lancar lepas che habis mekap. Che berjaya menyembunyikan mata bengkak dia dgn menggunakan teknik tertentu. Che tak mekap guna warna2 berat sebab ni utk majlis pernikahan. Che buat muka dia nampak very sweet & ayu.. supaya kelihatan begitu sunti katanya.. esoknya hadek2 lain mekap. dan semua org lebih suka hasil kerja che bila dorg bandingkan.. Syukur..


















Monday, October 25, 2010

Mekap Job - October 2010

Tak dapat nak upload job2 sebelum ni sebab kamera hilang ari tuh.. Mekap utk kastemer kali ni agak galak. Sebab kastemer ni menggunakan warna yg terang & terlalu banyak. Warna tema perkahwinannya ialah Shocking Pink.. jadi saya mengenakan warna yg lari daripada warna temanya. Supaya pengantin tidak tenggelam di dalam warna tersebut. Oleh itu saya menggunakan warna hijau & diblend dgn warna hitam..

Kastemer kali ini tidak mengalami sebarang masalah kulit. Hanya mempunyai lingkaran mata hitam & eye bag. Teknik highlight digunakan utk menghilangkannya..

Pengantin & kaum keluarga berpuas hati dengan hasil yg dikenakan.. syukur..