Sabtu & Ahads lepas memang che bz giler.. hari Jumaat malam tu seperti biasa jadik judge utk miss malaysia kat BB. Peringkat saringan. Yg penting che drag Jumaaat tu. Selama ni che dtg sebagai hadek2 jer.. memandangkan ramai sangat suruh che drag, terpaksa lah tunjuk sikit skill mekap che kat org.. gitew..
Petang tu pegi lah buat lah Ops mencarik baju baru. Sbb baju2 yg sedia ada terlalu simple & terlalu over.. x ada yg sesuai utk malam tu.. Che beli lah short kaftan warna turquoise.. utk simplekan baju tu che pakai dengan jean ligh blue.. aksesorinya lak subang pink dgn rantai ala Monggolia.. ingat nak pakai dengan tali pinggang besar.. tapi mcm tersepit lak jadiknya.. so che pakai loose jer..
Sampai kat BB semua org x perasan che.. ya lah semua 1st time tgk che drag kan.. kawan2 rapat & org2 fb selalu tgk gambar drag che.. kengkawan luar jer yg ramai x penah tengok..
Esoknya bangun awal utk pegi ke Astro utk mekap rancangan Mari Menari II.. che mekap salah sorg perserta & Zizi dari group Fabulos Cats.. cantik dia skrg.. yg penting very sporting & tau apa yg dia nak utk look dia.. & apa yg dia mintak mmg teknik terbaru.. ala2 poster MAC.. Barbie collection..
Esoknya che mekap utk pengantin & ke Astro.. pengantin ni yg x best tu.. lepas mekap che kemas2 barang. lepas tu baru plan nak angkat gambar.. tup2 dia pegi ke bilik sebelah nak mekap pengantip katanya.. masa che tiba2 masuk bilik tu utk tambah eyeshadow, masing2 muka mcm terkejut & bersalah.. che x tangkap apa lagi masa tu.. lepas kemas che masuk balik bilik tu utk angkat gambar.. dapat lah shoot 5-6 shots..
Lepas balik dari Astro baru che tgk balik semua gambar2 termasuk gambar pengantin tu. tup2 che heran kenapa nampak lain sikit mekap tu berbanding last che tinggalkan pagi tu? pastu che zoom.. terus che perasan yg eyeshadownya dah lain sikit.. termasuk kening gak.. dah ada white shimmer kat pangkat mata dia & bawah kening dia. Kening dia gak dah nampak tebal & x sharp.
Menyampah.. che x kesah pun sebenarnyas dia nak buat apa pun. tapi sebelum che angkat gambar ler.. ni lepas.. mcm malu nak upload kat blog & fb che.. nanti org cakap che mekap comot.. patut ler muka dorg mcm buat salah jer masa che mula2 masuk bilik tuh!! he..he..he.. lagi pun kenapa nak pindah bilik kalau setakat nak mekapkan kawan dia? sah2 dgn niat utk adjust mekap che tu..
Che x salahkan dia pun.. dah memang dia suka mcm tu.. biar lah kan.. tapi skrg ni che rasa rugi x dpt gambar sebelum dia adjust.. sbb dia cantik.. bukan senang nak jumpa pengantin cantik ni.. utk che upload kat blog & fb che.. tapi rasanya boleh gak kot.. takut memburukkan dia lak.. eeemmm entah ler..
Kat bawah tu che letak gambar che drag ari jumahat tu.. zizi & pengantin tu..
Zizi Cat Fabulos Cats/ Mari Menari II
Pengantin yg adjust2 tu.. yg atas tanpa.. yg bawah dah adjust.. kalau
org x perasan dorg ok jer.. tapi che prefer yg bawah.. gitew..
Monday, June 27, 2011
Thursday, June 16, 2011
Cara mengenali MAC original..
Kepada kengkawan che diluar.. hari ni che akan bagi tips utk mengenali barang MAC yg original dgn yg tidak.. sebenarnya ada banyak cara.. tapi semuanya menyusahkan. Che akan bagi 1 jer cara paling senang utk kita rakyat Malaysia ni detect barangan MAC yg mana yg tiruan.. yg mana asli..
Untuk pengetahun anda semua pengimport tunggal barang MAC ke Malaysia ialah Suria Meriang Sdn Bhd. Syarikat yg sama mengimport barang2 keluaran Loreal Group, Estee Lauder Group, dan lain..
So cara paling mudah ialah tengok sticker kat kotak barangan tersebut. Yang original ada tulis.. Di Import Oleh.. Suria Meriang Sdn Bhd.. berserta alamat syarikat ( seperti gambar dibawah).. kebanyakan barang MAC tiruan dibawak masuk oleh syarikat2 haram yg mana barang2nya tidak diketahui kandungan & asal usulnya.. so gerenti x ada sticker dari pengimport seperti mana yg tulen.
So kalau ada sesapa mengaku barang MAC dorg original, make sure ada sticker tu. Pasal tu che simpan kotak asal barang2 MAC yg che beli. Utk tidak dituduh menggunakan barangan tiruan. Disamping menjaga kualit & nama che sendiri.. gitew...
Di bawah beberapa contoh barang MAC yg ada sticker dari Suria Meriang Sdn Bhd..
Sunday, June 12, 2011
Job mekap - Jun 11, 2011
Hari tu che mekap dia bertunang.. dia book che utk kawin dia gak.. baik orgnya.. cikgu. Dia dlm treatment kulit.. utk kulit sensetip dia, che guna produk yg sesuai utk dia. Che memilih warna biru utk eyeshadow dia memandangkan biru skrg ni dtg balik.. tapi kena buat teknik soket ler.. utk menaikkannya.. gitew.. syukur dia puas hati..
Mekap Job - Diana Amir.. Press interview
Che mekap Diana Amir kat Utusan Malaysia.. utk promot filem terbaru dia 3,2,1 Cinta.. antara pelakon lain Farid Kamil & Pierre Andre.. Diana sangat sporting orgnya.. dia serahkan segalanya kat che. Atas kepercayaannya.. gitew.. 1st che mekap ala tomboy.. watak yg dia bawak dlm filem tu. Che hanya kenakan foundation & buat shading bagi muka dia x woman.. x ada warna kat mata & bibir..
Nampak pun dia mcm tomboy masa tu.. mekap ke 2 konsep cantik.. ala vogue & woman.. so che kenakan warna maroon kat mata dia.. saja bagi warna yg berani sikit dlm keanggunan.. rambut dia pun che tukar dari ala tomboy ke cantik.. che blow ke depan berbanding ke atas masa sebelumnya..
Sessi fotografi tu meriah.. sbb kita org dok ketawa2 jer.. ya lah boring.. lama sangat kita org kat sana.. sempat makan segala.. gitew.. yg penting dia mmg selamba orgnya & mesra.. gitew..
Ni Kosmo online yg keluar mekap che tu.. gitew..
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
Wednesday, June 8, 2011
Mekap Farid Kamil & Pierre Andre kat NSTP - June 07/11
Mekap utk Berita Harian keluaran x tau bila.. x ada konsep pun.. photoshoot ni utk mempromosi filem terbaru dorg bertajuk 3,2,1 Cinta bersama Diana Amir dan lelain.. sepatutnya Diana Amir sekali tadi. Tapi dia ada shooting lak. So ditunda ke hari Jumahat ni. Bersama dgn Pierre lagi.
1st time che rasa che begitu kerdil bila jumpa dorg berdua ni. Farid tinggi giler. 6 kaki lebih rasanya.. Pierre sama tinggi gak.. selama ni bila che bergambar or berdiri dgn org, che akan rasa besar sgt.. sbb mesti dorg bwah che.. tapi kali ni che bawah dorg.. eeemmm.. suka.. tapi che nampak gemok pendek lak!! x suka!! nak diet!!
Kedua2 pelakon terkenal ni sangat sporting.. dorg mmg x ada kerenah langsung. Senang berkerja dgn dorg. Patut lah dorg disukai dlm industri.. gitew.. che mekap Pierre very the basic jer.. tapi dgn full coverage foundation lah.. sbb utk studio shooting with all the light kan.. Farid lak che x mekap dia.. sbb dia dlm treatment kulit dia. so x leh nak letak benda2 asing lagi.. so che buat rambut dia jer..
Ni artikel online masa mekap tu..
http://www.bharian.com.my/articles/KeranamuSam/Article/
Friday, June 3, 2011
Mekap job - Peserta Mari Menari 2001& Lisa Surihani - June 01/11
Che X sempat nak angkat gambar sangat kelmarin.. kelam kabut.. gambar che dgn lisa jer dari kamera che sendiri.. yg lain semua dari astro & internet.. che saja nak ubah sikit muka Lisa bagi nampak lain sikit dari sebelum ni kita nampak dia.. rambut dia che buat ala Taylor Swift sikit.. lisa memang very the sporting & cantik lagi.. gitew..
Sunday, May 29, 2011
Sephora di Bukit Bintang, Kuala Lumpur..
Akhirnya terlancar Sephora di Malaysia.. cawangan Sephora di atas berada di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dilancarkan sebulan yg lepas. Che dah lama x pegi Bukit Bintang x tau pun dah dilancarkan!! Che tau bangunan yg unik bentuknya ni adalah bangunan untuk Sephora.. tapi x tau sewal ini..
Kepada mereka yg tidak mengenal Sephora, ianya adalah one stop center untuk barang2 kosmetik.. perfume.. hair care.. skin care.. beauty toolls dan lain2.. Sephora membawakan jenama2 yg tidak terdapat ditempat lain & tidak punyai kaunter sendiri.. antara jenamanya Urban Decay.. yg terkenal dgn eyeshadow primernya.. NARS.. yg terkenal dgn compact powdernya.. dan lain2..
Di Sephora mereka juga punya kosmetik lengkap daripada foundation hingga ke set berus.. che sempat mendapatkan 2 way cake bedaknya. yg mana che rasa berkuali dgn harga yg sangat murah. Iaitu Rm65 sahaja.. che beli no33.. warnanya sangat natural dgn warna kulit che. Tapi bedak ni bukan utk kegunaan sendiri sebenarnya. Tapi untuk pelanggan2 che nanti..
Che diberitahu tak lama lagi Sephora akan membuka cawangan ke 2 nya di KLCC. Dengan kebesaran 3x ganda berbanding dgn cawangan di Bukit Bintang ini.. che harap dgn adanya cawangan Sephora ni di Malaysia, harga2 jenama2 ternama lain seperti MAC akan rasa tercabar & akan menawarkan pelbagai tawaran istimewa & harga yg lebih menarik..
Kepada semua.. jangan lupa singgah ke Sephora bila ada masa nanti na.. semoga pengetahuan kita lebih mendalam & semoga lebih banyak saingan jenama2 kosmetik di Malaysia ni & kita tidak ketinggalan bila negara2 lain menikmati keistimewaan barangan tertentu.. gitew...
Monday, May 23, 2011
Tragedi tanah runtuh Sekolah Agama & rumah anak yatim Madrasah at-Taqwa Hulu Langat..
Semalam kita dikejutkan dengan berita tragedi tanah runtuh di Hulu Langat yg meregut 16 nyawa & mencederakan 9 org lain lain. Gambar di atas dikatakan diambil untuk majlis yg dirancang. Persembahan nasyid yg akan diadakan di bawah khemah tersebut.
Jika kita perhatikan betul2 memang tanah sebelah khemah itu sangat dekat & tinggi potonganya. Sangat bahaya jika berlaku tanahnya runtuh. Namun setiap bencana yg menimpa mesti ada hikmah disebaliknya.. mungkin kebelakangan ni kita rakyat Malaysia sebok bertegang leher mempertahankan parti2 politik yg sedang kita sokong. Banyak tuduhan2 & isu2 tertentu kita guna untuk bergelagah antara satu sama lain. Sehinggakan kita abaikan kebajikan anak kita & anak2 yatim yg memerlukan perhatian kita.
Sana sini kita dapat melihat parti2 berlawan2 menunjukkan keperihatinan mereka terhadap rakyat. Pelbagai projek dijanjikan. Dari pihak kerajaan & juga pembangkang. Tapi tak pulak kita lihat projek2 untuk kemajuan & kebajikan anak2 yatim??!! Mereka hanya diberi perhatian bila hari raya menjelma.. berebut2 badan2 NGO.. kerajaan.. pembangkang menunjukkan keprihatinan mereka.
Melihatkan kepada setiap wajah kanak2 di atas & memikirkan nasib yg menimpa mereka, membuatkan air mata che berlinangan.. kelihatan kegembiraan terpancar pada setiap wajah mereka.. Semoga tragedi ini akan mengubah cara kita semua berfikir & persepsi kita terhadap masa depan & kebajikan anak2 yatim ini.. semoga perhatian diberi tidak saja tahun sekali.. semoga mereka disayangi & dikasihi sepanjang hidup mereka amin..
Friday, May 20, 2011
Rumah che cover utk Impiana bulan June 2011
Tadi masa on the way ke rumah mak che kat selayang che dihubungi oleh no yg x dikenali. Rupanya pembeli umah che. Dia tanya betul ke umah che keluar majalah Impiana utk bulan June ni.. che terkejut.. dah keluar rupanya!! che diberitahu rumah che tu akan jadik cover utk bulan June. So che ingatkan dlm 25hb ke.. rupanya dah ada dlm pasaran!!
Terus che bergegas che kedai2 jual majalah. X ada kat area warta selayang tuh!! so che balik ke rumah mak che dulu.. x lama lepas tu baru che bertolak ke Selayang Mall. Hanya kat situ jer harapan utk dapatkan keluaran terbaru majalah kat selayang ni.
Ternyata da kat sana!! che cekau 1!! Bangga sangat bila tengok!! sebab x seperti yg che bayangkan. teknik pewarnaan yg dorg buat jadik menarik. mulanya mcm malu gak sbb umah che x ler layak sangat pun utk jadik cover..
Subscribe to:
Posts (Atom)










