Thursday, June 3, 2010

Make-up Job - May 30 & 31, 2010

Minggu lepas agak sebok. Dalam kol 9am masa nak bertolak ke Taman Cahaya Ampang utk job pertama, tiba2 keta tak boleh start!!! bateri x ada power rupanya. Nasib baik member tido umah mlm tu. Kita org pergi sana naik keta dia. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. pengantin yg pertama ni dia ada masalah kulit. Dgn teknik tertentu jerawat dia berjaya dihilangkan.. Pengantin ni juga agak malu2 & gugup sikit. Walaupun dah ajar dia buat memek muka utk mendapatkan gambar terbaik, tapi dia masih nampak sedikit gugup..










Selepas habis majlis di atas, terus berangkat ke Hotel Royale Bintang kat bukit bintang. Mekap 3 org utk dinner. Disebabkan mereka tak sempat siap semasa sampai di sana, saya lupa utk mengambil gambar selepas mereka memakai tudung. Semua gambar hanya sebelum & selepas mekap. Dan tetinggal seorng utk mengambail gambar sebelumnya..























Seterusnya ni pada hari Ahad pulak. Sehari selepas job2 kat atas tu.. Pagi tu terus pegi ke kedai aksesori keta. Beli bateri baru. Tak pasal2 kenal Rm200. kak nam tau.. Job ni kat Klang. Nasib baik kawan saya tau kat mana nak ikut. Sempat sampai sana tanpa sebarang masalah. Ni adalah majlis pertunangan. Dia suka sangat hasilnya.. syukur..


Friday, May 7, 2010

Make-up Job - May 2010

Rasanya terlalu lama tak update blog ni. Ada macam2 berlaku terhadap diri. Kamera kena curik. So x dapat nak update job2 sebelum ni. Ni berpeluang sbb dah beli kamera baru.. Alhamdulillah x ada masalah berlaku masa buat job minggu lepas ni. May 01 / 02..
















Monday, January 11, 2010

Make-up Job - December

Ada 2 job. Tak sempat nak update. Sebab sekarang ni tengah sebok buat set lunch utk opis2. Ni gambar utk job bulan December ari tu. Semuanya berjalan lancar. Pengantin mempunyai sedikit masalah kulit. Jadi saya gunakan foundation jenis stick & cream utk coverkannya. Muka pengantin juga jenis yg keras. So saya gunakan lipstik yg warna tidak garang & nampak nude supaya dia nampak ayu & simple.


 

 
 
 
 
 
 
 

Pengantin ke 2  ni, terlupa bawak kamera & lupa nak angkat gambar sebelum mekap. Pengantin ni mempunyai bibir yg sangat nipis. Jadi saya boleh menggunakan warna yg garang & terang. Tambahan mukanya tak keras atau kasar.


 
 
 
 
 
 
 

Thursday, December 10, 2009

Fake Eyelashes

Semalam shopping beberapa jenis bulu mata palsu kat Times Square. Selama ni menggunakan bulu mata yg dibeli daripada Bangkok. Bulu mata tu sangat cantik, lebat, hitam & nampak real bila dipakaikan. Tapi stok 2 dozen yg dibeli aritu dah habis. Jenama tu pulak tak ada kat sini. Nak pegi sana lagi, tak tau bila. So semalam utk Ops bulu mata palsu kat Times Square lah. Kat sana dah ada banyak kedai2 yg menjual barang2 kecantikkan seperti barang2 utk salon2, rambut & barang2 utk mekap. Harganya pun agak berpatutan. Cuba mintak diskaun dgn harga yg sangat murah. Lepas tu peniaga akan bagi harga yg akan menggembirakan kedua pihak.. Bulu mata yg dibeli semalam ada 3 jenis. 2 diperbuat daripada sintetik & 1 diperbuat daripada bulu asli.


 

Ni beli kat Sinma. Made in Korea. Harga RM8.00. Memang nampak mcm tak real & over sikit. Tapi bila kena teknik eyeshadow, ianya nampak cantik & sedikit hampir taraf dgn jenama dari Bangkok tu..


 

Ni jemana dari China. Lebih kurang dari Sinma tu. Cuma pembungkusan dia secara pukal. Ada 10 pasang dlm 1 kotak. Jenis ni jugak perlukan teknik eyeshadow yg sesuai baru nampak real. Harga dia RM30. Jauh lebih murah daripada sepasang Rm8.00 dari Sinma tu.


 

 

Yang ini pulak jenama dari China juga. Harga mahal sikit. RM40.00 satu kotak. Sebabnya ianya diperbuat daripada bulu asli yg dianyam pada benang. Walaupun ianya nampak over mcm yg kat atas2 tu, tapi disebabkan ianya diperbuat daripada bulu asli, ianya akan nampak real bila dikenakan. Semua jenis teknik eyeshadow boleh tanggung bulu mata ni. Bulu mata ni jugak boleh dikenakan mascara & tak akan nampak aneh mcm bulu mata yg diperbuat daripada sintetik. Cara pemakaiannya agak susah sikit daripada bulu mata sintetik sebab ianya selalu mudah lentur. Yg mana kepada mereka2 yg tak biasa, akan menyebabkan bulu mata yg dipasang tidak rata. Tips utk mengelakkan ianya berlaku, gunakan pencabut bulu atau tweezer semasa memasangnya.
 

Thursday, December 3, 2009

Mekap test - Datin - Ampang

Cabaran kali ni ialah kastemer ni agak berumur. So tak boleh nak nampakan dia terlalu muda & tak boleh nampakkan usia sebenar dia. Warna & teknik penting untuk kastemer mcm ni. Mekap sesuai utk dia, lebihkan mata tapi jangan terlalu garang. Dengan cara & teknik2 tertentu, menyebabkan dia very the puas hati dah terus konfirm ambek aku utk majlis reception dia kat Kelab Darul Ehsan pertengahan bulan ni.. syukur..


 
 

Make-up Job - Cheras - Nov 29/09


Mekap kali ni agak mencabar sebab kastemer ni jenis yg tak nak keningnya dicukur atau dicabut. Masalahnya kening dia pulak jenis yg lebat & lebar. Tak meruncing. So aku kenakan teknik highlight putih kat atas kening original dia. Kemudian bentukkan semula keningnya dengan pensel kening. Pengantin ini juga dah pesan siang2 dia tak nak mekap yg heavy2. Walaupun aku dah terangkan yg hasil kerja aku tekniknya heavy tapi nampak light & natural. So aku terpaksa ikut kehendak dia menadangkan dia adalah kastemer. Satu lagi cabarannya ialah pengantin ni jenis yg muka nampak garang. So aku kena gunakan warna2 yg light utk pipi & lipstik dia. Mata dia tetap kena tonjolkan sikit. Tak sesua kalau semuanya light. Seri pengantin tak naik nanti. Bila semuanya dah selesai, aku puas ati, dia pun puas ati. walaupun kening dia tetap makan ati aku.. he.h.eh.e.he.he...