Thursday, October 20, 2011

Mekap Job - October 20, 2011 - Yana Shamsudin



Seperti sebelumnya, Yana sangat sporting.. dia serahkan semuanya kat che.. kali ni memandangkan baju yg akan dia pakai tersangat lah glamorna, che bagi teknik mekap yg agak dramatik di bahagian matanya.. warna yg che gunakan gold & hitam..

Masagalanya kamera che bawak.. tapi tertinggal memory kad!! boleh?!! x sabar nak tengok masa tersiar mcm mana.. kat kamera wartawan tadi very the cover glam!! gitew..













Tuesday, October 18, 2011

Mekap Job - Oct 17, 2011 - Farid Kamil



    Sekali lag che berpeluang mekap utk farid kamil.. memandangkan rambut dia agak lebat & panjang, che x nak berikan dia imej ranggi sangat.. memandangkan dia berjambang, itu akan membuatkan dia nampak tidak terurus.. so che kemaskan rambut dia & menaikkan bahagian atas supaya tidak nampak meleper.. kemudian che kemaskan bahagian kiri & kanannya..

   Memandangkan mata Farid ada sedikit eye bag, che coverkan dgn concealer.. dia nampak lebih fresh selepas itu.. seperti biasa Farid sangat sporting orangnya.. dia memberikan sepenuh kepercayaan kepada che tadi.. dia juga sangat humble orgnya.. che x pernah rasa serik utk berkerja dengan nya.. gitew...




Saturday, September 17, 2011

Mekap job - Bertunang - Sept 10/11




Kamera che tertinggal!! Menyampah!! Guna lah hp ni jer.. Dah letak siap2 dah. Tertinggal gak. Pengantin sgt sporting. Dia serahkan segalanya atas kreativiti che.

Utk pertunangan che xnak bagi dia warna yg terlalu over the top. Nanti x kena dgn majlis. Tapi x bermakna faktor2 asas & yg lain2 diambil mudah. Base tetap sama. Cuma warna & teknik yg che berikan utk dia utk memaniskan dia. Supaya dia nampak sweet & dara pingitan gitew..

Che guna eyeshadow matte warna biru cair.. Biru pekat.. & warna pink.. Supaya dia x tinggelam dgn baju kain syifon turcoise yg dia pakai.. Blusher pulak che bg pink2 + oren2.. Supaya x over sgt.. Lipstik pulak pink jugak.. Supaya nampak lebih sweet..

Overall dia puas hati.. Member che puas hati.. Sedara mara puas ati gak.. Walaupun che hangin sbb sesat larat masa nak ke umah dia tadi.. Tapi semuanya terubat bila semuanya berjalan lancar.. Syukur.. Amin
.. Gitew..


















Wednesday, September 14, 2011

Mejap job - Sep 13/11 - Promo Bini2 ku Gengster movie



        Che kena sampai kol 10am semalam kat Utusan Malaysia kat Chan Saw Lin.. tiba2 Zettry PR MIG kol che cakap dorg akan sampai lambat sbb artis2 yg terlibat kena join perbarisan medeka Jumaat nanti. Dorg akan sampai kol 11am.. seronok lah che sbb boleh lah che tengok Miss Universe live kat astro.


        Tapi hangin jer bila wakil negara kita Deborah gagal utk masuk top 16!!! 1st cut.. x tau apa salah dia!! very the mencurigakan!! che x berkenan dgn miss Australia! dia x layak bagi che!! akhirnya yg menang adalah Miss Angola.. mmg antara yg che target akan ke top 3..


        Semalam x tau kenapa susah pulak che nak jumpa bangunan Utusan. Banyak simpang2 salah che masuk!! tapi akhirnya sampai gak dgn selamatnya.. masa tengah register kat pondok guard Zetty kol ckp dorg baru habis.. otw.. so che terus masuk ke unit fotografi seperti biasa & susun2 barang mekap che.. kat dlm bilik tu dah ada Amy.. sorg lagi PR baru MIG.. rupanya dia lah yg kol che gunna private no berkali2.. che malas nak jawab private no.. sebab selalunya bank & insurans.. rimas!! gitew..


        Tak lama lepas tu dorg pun sampai lah.. tapi Yana & Intan jer masuk dulu.. Sam nak tido dlm keta jap.. sbb terlalu penat join latihan perarakkan kemerdekaan tu.. seperti biasa che nak tau konsep & baju yg akan dikenakan utk shooting.. lepas tau. che pilih konsep warna pastel & shocking.. memandangkan sangat sesuai dgn tema & warna yg sangat in skrg ni utk runway & photoshoot.


        Intan & Yana sangat sporting.. semuanya berjalan lancar.. lepas habis mekap dorg berdua, zetty kol sam utk giliran dia pulak.. sam pun very sporting.. che x bagi apa2 konsep pun memandangkan x ada apa2 tema utk lelaki.. hanya basic warna & rambut che buat messy sikit utk kenakan dgn watak dia..


         Shooting habis dlm kol 7pm.. lepas tukar2 baju berpasang2.. memandangkan shooting ni utk 2 akhbar.. Kosmo & Utusan.. utk promo filem dorang tu..


         Syukur semuanya berjalan lancar & x ada masalah utk che berkerjasam lagi dgn dorg memandangkan semuanya sporting!! gitew..






     





Monday, August 15, 2011

Bollywood make up tutorial




Setelah lama che plan nak buat mekap ni, akhirnya dapat gak.. selamat menonton.. jangan lupa komen & subscribe kat situ nanti..

Saturday, August 6, 2011

New make up look editorial..

       Sejak bulan posa ni meruap2 nak buat mekap tau.. tapi nak buat make up yg berkonsep editorial.. ala2 poster2 produk mekap.. banyak idea dlm kepala ni. tapi masagalahnya sekrang ialah nak mencarik model yg mempunya bentuk muka yg sharp & sesuai. 


     Untuk  konsep mekap ni modelnya x perlu cantik sangat. yang penting ialah bentuk muka yg sharp & kulit muka yg bersih. Warna kulit x penting.. itu boleh diuruskan.. gitew.. Shoot ni akan diangkat dari dada ke atas jer.. x perlu baju2 yg fancy2 pun.. 


     Tadi che bagitau member che hasrat che tu. Dia dah dapatkan che 2 contact kawan dia. Sorg india.. 2nd round a up Miss India apa entah kat Malaysia last year. Leher dia kecik.. muka sharp. Sesuai sgt.. Sorang lagi kawan dia melayu mix dgn mamak penang. Muka mcm mat saleh sikit.. putih. tu pun sesuai. Sharp gak muka dia.


     Che plan nak buat shoot ni lepas raya nanti.. skrg ni che nak diakan face chart & barang2 yg diperlukan. Supaya bila tiba harinya nanti semuanya berjalan lancar.. 


     Kat bawah ni che tunjuk antara konsep & idea shooting tu nanti..



















Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan..

        Sebenarnya ada post che yg che karang separuh jalan pasal pemergian bonda che yg tercinta pada July 21 yg lepas.. tapi che x sanggup nak sambung.. terlalu banyak kenangan dengan dia.. x tertulis.. pasal tu che saved kan jer dulu.. nanti kalau che bersedia, che akan sambung semula..


       Entry kali ni pasal puasa lah ya.. memandangkan hari ni merupakan hari puasa pertama utk kita rakyat Malaysia bagi tahun 2011 ni. Puasa tahun ni lah jugak merupakan puasa pertama che tanpa bonda tercinta setelah berpuluh tahun bersama dia.. hari pertama puasa che akan balik ke Selayang utk sambut bersama dia. Tahun ni che bukak dengan kawan2 jer lah..  kesian..

Thursday, July 21, 2011

Mekap Job - July 21, 2011 - Diana Amir & Senario











Seperti biasa Diana Amir memang sporting.. 1st time keja dgn geng senario.. dorg lagi ler!!

Konsep mekap che bagi kat Diana kali ni berbeza dari yg che buat masa promo filem 321 Cinta dia.. kali ni konsep very2 sweet & korean2 sikit.. che xnak buat teknik2 soket.. saja nak lari dari kebiasaan.. Diana nampak fresh sangat dgn teknik ni.. muka dia very sweet..

Walaupun che dlm susah hati tadi syukur che berjaya kontrol supaya x ganggu kerja che.. gitew..

Tuesday, July 19, 2011

Mekap Job - July 18/2011 - Mon Ryanti & pelakon laki baru MIG











Seperti biasa Mon bagi kerjasama yg sgt bagus.. semuanya berjalan lancar.. ni shoot untuk majalah Remaja bulan ogos nanti.. ramai artis shoot waktu yg sama semalam. x tau lah dorg pun akan masuk dlm keluaran yg sama ke x.. eemmm.. apa2 pun syukur semuanya selamat.. gitew...

teknik yg che gunakan kali ni agak berlainan daripapada sebelumnya.. sebab utk blend & menyerlahkan lagi Mon dgn baju kurung raya yg dikenakan masa shoot ni.. warna agak ceria & teknik yg sweet.. gitew.. utk pelakon lelaki tu, x ada apa teknik istimewa che gunakan.. hanya mekap basic jer.. utk menyerlahkan wajah dia.. gitew..

Mekap Job - July 18/2011 - Fashion Show student2 UITM









Teknik yg digunakan memang nampak kasar sikit.. sbb ni utk fashion show.. bukanpengantin & dinner.. bila dah dikenakan dgn baju yg dorg akan guna kat pentas nanti, mekap ni akan nampak blend.. x ada warna diberikan kat blusher & bibir dia.. supaya mata lebih menyerlah.. teknik & warna yg digunakan supaya selamat bila dikenakan dgn sebarang baju.. skrg kureng lah.. gitew..