Thursday, July 7, 2011
Inglot Cosmetics di Malaysia..
Satu lagi jenama kosmetik antarabangsa masuk dalam pasaran kita Malaysia. Kali ni Inglot Cosmetics yg berasal daripada Poland kalau x salah che. Telah dirasmikan pembukaannya di Sunway Piramid pada bulan May yg lepas.. Che penah dengar lah jenama ni. Tapi jarang diperkatakan di mana2. Ada 3 jer kemungkinan puncanya..
1. Sebab jenama ni belum masuk nagara ni & asia (utk rekod Malaysia negara Asian pertama masuk ya..) Biasa lah bila belum masuk kita x lah didekahkan olehnya. Jenama Farmasi pun che kenal dulu sebab che ternampak kat Parkson Pavilion.. walhal dah berbulan ada kat situ dulu..
2. Sebab jenama ni bukan berasal daripada negara2 yg mempelopori industri media. Seperti Amerika & Britain. Dua negara ni kan pegang industri media hiburan & berita.. kita terlalu bergantung kepada laporan2 yg dorg sediakan.. seperti CNN.. BBC.. MTV.. E News.. Fashion Tv dan lain2.. so jenama ni jarang che tengok dipromosikan di situ berbanding jenama2 kosmetik lain seperti MAC.. Bobbie Brown.. Estee Lauder dan lain2.. walaupun jenama2 tersebut bukan pun berasal daripada Amerika atau Britain, namun kedua negara ni punya kaitan dgn jenama terkenal tersebut.. dari segi saham & syarikat yg mengedarnya keseluruh dunia kebanyakkan berasal daripada Amerika..
3. Sebab mungkin x ada antara barangan Inglot yg teramat bagus utk diperkatakan oleh pengguna. Contoh seperti jenama Urban Decay. Syarikat kosmetik ini melambung namanya secara tiba2 apabila mereka berjaya menghasilkan Make up Primer yg terbaik dipasaran buat masa sekrang ni!! disebabkan produk itu saja, mata mula tertumpu kepada jenama tersebut & mula terbuka utk mencuba barang2an mereka yg lain.. atau mungkin juga jenama Inglot ini kualitinya hanya mcm jenama Elianto dari Korea yg suatu masa dulu tiba2 muncul & menjadik kegilaan kepada sesetengah org. Maaf che cakap kat sini.. x ada apa pun barang make up mereka yg memukau hati che.. mungkin kerana itu lah Inglot juga tidak diperkatakan oleh masyarakat dunia sangat..
Sekarang ni selain daripada membaca di mana2 artikel tentang kosmetik, che juga menggukanakan saluran Youtube.. untuk mencari komen2 & melihat testimoni2 yg dibuat oleh org2 dari seluruh dunia.. dulu mungkin kita terbatas & bergantung daripada sumber berita yg dikeluarkan oleh negara2 luar yg mana kebanyakkannya berupa berat sebelah & mempunyai agenda tersendiri, sekarang Youtube memberikan kita berita2 & informasi2 yg terus daripada seorg individu. Kita boleh membuat penilaian sendiri tetang informasi yg diberikan.. samada benar atau sama punyai agenda tersendiri..
Che punya ramai idola make up guru dlm saluran tersebut. Dan jarang sangat che dengar nama Inglot diperkatakan.. dan mereka tidak pun menggunakan jenama tersebut.. eeeemmmm.. tu yg membuatkan che kurang berminat utk pergi menora zain (menyiasat) apabila mendapat tahu tentang jenama tersebut..
Memandangkan jenama ni ada mengeluarkan set berus mereka, (dah bosan dgn set berus skrg..) che akan pergi utk melihat sendiri apa yg mereka tawarkan.. harga.. kualiti.. invention.. & lain2.. che ada terjumpa 1 post oleh EnkoreMakeup (guru mekap yg agak besar namanya dlm youtube) tentang lawatanya di Inglot cawangan Miami. Che amat tertarik dgn palette set yg agak inovativ bagi che. Yang mana pelanggan boleh memilih barang2 mereka untuk diletakkan dlm set2 palette yg kita pilih.. palette2 tersebut pulak boleh ditindih2kan antara satu sama lain & menjadik set palette yg lebih besar & lengkap!! (che akan postkan link lawatan Enkoremakeup tu kat bawah ya..) bila che buat lawatan ke cawangan Inglot Sunway nanti, che akan cuba untuk angkat gambar barang2 kat sana & postkan kat blog che ni na.. & che akan buat reviewnya nanti..
Sementara tu, yoll che lah website dia.. menarik ok!! gambarnya lah.. x tau lah mcm mana in reality nya.. gitew...
Link utk lawatan Enkoremakeup ke Inglot Miami.. http://www.youtube.com/watch?v=xy0cNqe3cxI
Website Inglot: http://www.inglotcosmetics.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment