Monday, January 30, 2012

Mekap Job - Sanding - Jan 29,2012




Ini job paling dekat pernah che dapat.. belakang umah jer.. kat selayang ni.. pengantin ni menantu kepada jiran belakang umah che.. anak dia pun kawan che.. yg kawin ni abg kepada kwn che tu.. pengantin ni dah berusia sebenarnya.. dia x bersanding pun.. hanya bersiap utk bermesra2 dgn tetamu.. pada asalnya dia nak simple sesangat.. just mekap light & sanggul biasa jer.. tapi che mmg x reti buat keja simple2 ni.. kening dia, dia dah cukur sendiri.. salah teknik dia.. susah nak repair balik kecuali che cukur balik apa yg tinggal.. tapi takut dia x terima lak.. so che biarkan jer.. che cuma lukis bg betul jer..

Memandangkan pengantin ni sedikit berusia, che buat teknik supaya dia nampak muda.. dgn mengenakan warna2 sweet & x merah2.. or warna2 pekat.. shading pulak che cuba elakkan dari menaikkan tulang pipi dia yg dah sedia tinggi tu.. supaya dia x nampak tua.. utk rekod bila kita berusia, tulang pipi antara faktor yg membuatkan kita nampak tua.. so che xnak naikkan tulang pipi dia tu.. walaupun dia mengadu kat che yg bulu mata dia nampak sarat, che tetap menyakinkan dia utk pakai gak.. akhirnya dia mengalah & terima apa yg che buat.. akhirnya dia kelihatan seperti seorg selebriti berbanding sebelumnya seperti mokcik2.. gitew..














Friday, January 20, 2012

Kelas mekap One to One - Basic to Intermediate/Jan 19, 2012



Pelajar che kali ni sudah pun ada ilmu tentang solekan.. perkara basic che x perlu berapa perlu utk menerangkan kepadanya memandangkan dia sudah pun belajar sebelum ini.. tujuan dia mengikuti kelas One to One che ni adalah ingin lebih mendalami tentang teknik2 tertentu & kesesuaian pada majlis tertentu.. & juga utk mengetahui rahsia hasil kerja che..

Pelajar che dtg dengan kejutan.. dia membaca kek hari lahir & juga hadiah hari jadi utk che.. terharu sangat.. memandangkan ilmu pelajar che ni agak banyak.. che x perlu sangat utk mengajarnya tentang jenis2 foundation.. eyeshadow.. dan sebangainya.. 

Che banyak memperkenalkan kepadanya benda2 yg lebih advance seperti primer.. mcm mana nak menjawab soalan kastemer & sebagainya.. pelajar che ni jugak sudah punya mempunyai barang yg agak lengkap.. so utk kelas ini dia tidak dibekalkan dgn barang2 asas percuma seperti set berus.. blusher.. eyeshadow dan lelain..

Seperti biasa selepas habis pengenalan che akan menyuruh pelajar che utk membuat isian pada face chart.. dimana kemahiran mengisi face chart akan membantu mekap artist utk mendapatkan teknik.. warna.. produk.. yg sesuai & betul..

Selepas face chart adalah bahagian terakhir kelas che.. iaitu practical pada muka sendiri.. pada che kita perlu master muka kita sendiri sebelum kita sedia utk mekap muka org lain.. org sendiri akan mempercayai kita jika muka kita sendiri cantik mekapnya.. betul tekniknya.. dan sebagainya.. pada bahagian ini che akan membuat sebelah muka pelajar itu.. daripada base.. kening.. eyeshahow.. lipstick.. dan sebagainya.. selebihnya pelajar itu perlulah meniru cara & teknik sepertimana yg che buat.. kalau betul semuanya & che berpuas hati, baru che akan kata kelas tamat.. selagi tak??!! mereka akan dideka tok ke tampi.. gitew.. x der lah.. mereka kena buat sehingga sempurna.. gitew..

Selepas kelas masa utk sesi bergambar.. utk membuktikan perbezaan sebelum & selepas.. dan utk melihat adanya ketidaksamaan pada kedua belah mukanya.. syukur kelas ini berjalan lancar.. semuanya berjalan seperti yg che rancangkan.. gitew.
.








Pelajar sedang kusyuk mengisi face chart dgn teknik yg telah diajar..utk sesi practical..










Pelajar sedang mebuat teknik smokey eyes pada face chart.. utk sesi practical..










Gambar pelajar sebelum make over & practical..






Che mengenakan base pada sebelah muka pelajar sahaja.. sebelah lagi mestilah disini oleh pelajar sendiri dgn teknik yg telah diajar..






Che mengenakan base pada sebelah muka pelajar sahaja.. sebelah lagi mestilah disini oleh pelajar sendiri dgn teknik yg telah diajar..






Pelajar sedang melihat base yg telah che buat pada sebelah mukanya..









Pelajar sedang meniru base sepertimana yg che buat pada sebelah mukanya..




Pelajar sedang meniru base sepertimana yg che buat pada sebelah mukanya..




Eyeshadow juga che hanya buat pada sebleha muka pelajar sahaja utk disambung oleh pelajar..



Pelajar sendang menyiapkan sebelah matanya sepertimana yg che buat pada sebeleha lagi..




Pelajar sedang memerhatikan sebarang ketidaksamaan utk pastikan balance kedua belah mukanya..


sEBELUM mekap...








Wednesday, January 18, 2012

Mekap Job Promo filem - Sumpahan Kum2 - Jan18



Sekali lagi che mekap utk promo filem Sumpahan Kum2 yg akan beradaa dipanggung hujung bulan ni.. memandangkan che dah tau Shima Anuar pelakon utama wanita filem ni x disarankan oleh bos dia utk mengenakan mekap yg warna2 heavy, so hari ni che bagi dia warna yg sangat sweet.. tapi hari ni che buat teknik smokey yg sangat light.. memandangkan dia nak menggunaka mekap che ni terus ke sidang akhbar di Mid Valley malam ni.. che x nak mekap dia nampak sgt light utk acara malam nanti.. warna yg che buat ialah kombinasi pink & biru..pipi & lipstick dia che bg warna pink gak.. supaya x berat ke pipi or bibir.. 

Rambut dia che just stright blow kepokkan ke depan.. tapi x sempat angkat gambar tu.. che sempat angkat gambar rambut ke 2.. che buat pony tail ke tepi.. memandangkan baju dia sweet2 gak.. 

Utk Feroz Khan lak che buat mekap utk lelaki seperti biasa.. x der apa2 yg istimewa che buat hari ni.. rambut dia pulak che buat messy2 & smart kemas.. dia particular sikit pasal rambut.. so che kena buat betul2.. tapi syukur dia terima apa yg che buat..




















Tuesday, January 17, 2012

Mekap Job - Promo utk filem Sumpahan Kum Kum



Che x kenal pelakon perempuan ni.. nama dia Shima Anuar.. dia adalah pelakon perempuan utama dlm filem ni.. dia punyai kulit yg sangat sempurna.. sebelum mula mekap dia bgtau che yg bos dia David Teo x berapa berkenan tengok dia bermekap heavy.. dia pernah kena tegur supaya x mengenakan mekap yg heavy.. sbb dia pernah berhadapan dgn bos dia tu dgn mekap yg sebegitu & bos dia menyarankan dia supaya tidak lagi mengenakan jenis mekap sebegitu.. 

memandangkan bos dia dah berpesan mcm tu, che pun berusaha utk tidak menghasilkan mekap sebegitu.. memangkan kulit dia sempurna che hanya menggunakan foundation liquid dari MAC & bedak pixy.. mata dia che x nak guna warna hitam supaya x nampak garang & heavy.. eyeshadow dia che letakkan warna gold2 & pink2 sikit.. supaya masih nampak lembut & ayu di dalam warna yg terang.. utk photoshoot walau mcm mana nak light pun kita kena letak warna yg akan pop up di dalam kamera.. x leh nak letak terlalu light.. nanti x nampak langusung dlm gambar.. kecuali bergambar konsep "beauty shoot".. or cover.. mekap dia pun che buat supaya bersesuaian dgn baju2 yg dia bawak.. yg mana kebanyakkannya just a simple jeans.. blouse.. skirt.. x der pun dress.. so rambut dia pun che buat pony tail jer.. x perlu nak golong2.. kat kamera photographer smlm che tgk naik ler dlm gambar.. tunggu jer lah keluar new paper nanti.. gitew... 

lepas mekap pelakon perempuan ni che mekap pelakon lelakinya pulak.. Feroz Khan.. 1st time kerja dgn dia.. dia seorg yg simple & mesra.. kulit dia pun x berapa bermasalah.. so che just buat seperti biasa utk mekap lelaki..base.. shading.. lipstick.. dia agak particular dgn rambut dia.. tapi che berjaya buat sepertimana yg dia nak.. gitew.. x sabar utk menghasilkan photoshoot che sendiri.. che akan buat lebih over & sepertimana yg che nak.. tunggu.. gitew..












Sunday, January 15, 2012

AKSESORI SILVER 925 DARI CHE..















Akhirnya.. cepat sama nak oder!! harga boleh kurang lagi. khas utk kawan fb che jer.. harga luar lebih mahal.. harga termasuk postage seluruh malaysia.. ni koleksi yg koman jer.. yg org nak selalu.. yg lebih exclusive nanti che tambah.. gitew.. cepat sementara stok masih ada.. gitew..