Thursday, December 10, 2009

Fake Eyelashes

Semalam shopping beberapa jenis bulu mata palsu kat Times Square. Selama ni menggunakan bulu mata yg dibeli daripada Bangkok. Bulu mata tu sangat cantik, lebat, hitam & nampak real bila dipakaikan. Tapi stok 2 dozen yg dibeli aritu dah habis. Jenama tu pulak tak ada kat sini. Nak pegi sana lagi, tak tau bila. So semalam utk Ops bulu mata palsu kat Times Square lah. Kat sana dah ada banyak kedai2 yg menjual barang2 kecantikkan seperti barang2 utk salon2, rambut & barang2 utk mekap. Harganya pun agak berpatutan. Cuba mintak diskaun dgn harga yg sangat murah. Lepas tu peniaga akan bagi harga yg akan menggembirakan kedua pihak.. Bulu mata yg dibeli semalam ada 3 jenis. 2 diperbuat daripada sintetik & 1 diperbuat daripada bulu asli.


 

Ni beli kat Sinma. Made in Korea. Harga RM8.00. Memang nampak mcm tak real & over sikit. Tapi bila kena teknik eyeshadow, ianya nampak cantik & sedikit hampir taraf dgn jenama dari Bangkok tu..


 

Ni jemana dari China. Lebih kurang dari Sinma tu. Cuma pembungkusan dia secara pukal. Ada 10 pasang dlm 1 kotak. Jenis ni jugak perlukan teknik eyeshadow yg sesuai baru nampak real. Harga dia RM30. Jauh lebih murah daripada sepasang Rm8.00 dari Sinma tu.


 

 

Yang ini pulak jenama dari China juga. Harga mahal sikit. RM40.00 satu kotak. Sebabnya ianya diperbuat daripada bulu asli yg dianyam pada benang. Walaupun ianya nampak over mcm yg kat atas2 tu, tapi disebabkan ianya diperbuat daripada bulu asli, ianya akan nampak real bila dikenakan. Semua jenis teknik eyeshadow boleh tanggung bulu mata ni. Bulu mata ni jugak boleh dikenakan mascara & tak akan nampak aneh mcm bulu mata yg diperbuat daripada sintetik. Cara pemakaiannya agak susah sikit daripada bulu mata sintetik sebab ianya selalu mudah lentur. Yg mana kepada mereka2 yg tak biasa, akan menyebabkan bulu mata yg dipasang tidak rata. Tips utk mengelakkan ianya berlaku, gunakan pencabut bulu atau tweezer semasa memasangnya.
 

No comments:

Post a Comment