Sunday, May 8, 2011

Selamat hari Ibu..







     Pada hari Jumaat lepas iaitu May 6,2011 mak che selamat menjalani pembedahan cataract mata dia. Semuanya berjalan lancar.. syukur. Keesokan harinya che kena bawak mak che ke hospital semua untuk membuka balutannya & pemeriksaan oleh doktor. Banyak ubat diberikan. Kebanyakannya semuanya ubat titisan. 1 jer ubat makan. Itu pun ubat tahan sakit. Hari Rabu ni che kena bawak mak che ke hospital semula utk pemeriksaan susulan.


     Memandangkan adik beradik che bercadang untuk menyambut Hari Ibu pada hari sabtu dengan bermain bowling di selayang mall, tapi memandangkan keadaan mak che tu mcm tu, terpaksa ditunda keesokan harinya. Tapi harga istimewa yg dicadangkan itu hanya ada pasa hati sabtu. So kita org terpaksa batalkan permainan bowling tersebut. Sebaliknya melakukan aktiviti sama setiap tahun utk sambutan Hari Ibu kami. Iaitu buat makan2.


     So tadi Ahad, May 08, 2011 che plan nak masak ketam masak lemak cili api, ikan cencaru sambal kering. Adik che masak kaki ayam masak rempah dgn cendawan. Tup2 pegi pasar, ketam dah habis.. terpaksa ganti dgn sotong.. ikan cencaru pun dah habis!!! terpaksa che tukar bawak masak masam manis. 


     Lepas masak, che carik lah pinggan2 yg cantik sikit utk masakan istimewa che tu.. tengah carik2 tiba2 terkejut giler che!!! bila mendapati dlm laci almari kat dapur mak che ada cawan antik yg che dok carik sejak beberapa bulan lepas!!! warna & patent dia sebijik yg che nak!!! walaupun corak bunga dia bunga lain, tapi x ada sapa perasan kalau che hidangkan bersama pinggan & piring yg che dapat kat Kuala Pilah bulan lepas!!!


     Apa lagi!! che pun carik lah piring utk cawan tersebut. Supaya dapat lengkap!! ada!!! ada 4 bijik cawan & 4 keping piring dgn corak & warna yg sama!! syukur sesangat!! happy giler che!! tapi setahu che, mak che dah tak ada koleksi antik tu. Che pun tanya lah mak che daripada datangnya set cawan tu. Rupanya set tersebut & beberapa lagi cawan2 lama bersama piringnya diberikan oleh Kak Ani jiran kita org yg sangat rapat & che membesar bersamanya. Koleksi2 lama tersebut diberikan kepada mak che semasa dia nak berpindah ke rumah baru. 


     Semasa dia kemas2 rumah & memilih barang2 lama peninggalan neneknya dia telan memberikan koleksi2 lama tersebut kepada mak che. Dari situ lah datangnya koleksi lama yg che carik tu kat dlm laci dapur mak che!! harus masa che pindah kat Selayang nanti, che selongkar habis2an rumah mak che tu!! che akan susuh set lama setempat & yg baru setempat. Harus lah susun2 dlm almari mcm mokcik2!! he..he..he...


     Tiba2 x sabar pulak rasanya nak berpindah ke selayang. Nak buat rumah tu meletops giler.. sbb kesian che tgk umah tu!! mak che x leh nak buat apa lah. Dia dok kerusi roda jer. Adik che.. eeemmm.... jantan apa dia tau kemas2 ni?!?! x ada beza che tengok rumah tu tanpa & dengan dia...

No comments:

Post a Comment