Thursday, May 5, 2011

Video klip Nora Sesuci kelopak mawar.. che bintangi ok.. he.he..he..



                                                 

    
  Lama che carik vcd ni kat umah. Rupanya kat laci yg che selalu bukak tutup. sebab selalu tgk sampai x perasan. Video ni dihasilkan dlm tahun 2001. lepas che bergelar finalis Hero Remaja. Dapat lah beberapa job. ni antaranya.

     Masa shooting video ni ada 2 org model. Che dgn sorg pompuan. X tau kenapa dia kena remove. Di rakam kat Tasik Permaisuri Cheras. Depan Hospital Universiti Cheras. Masa ni baru lah che tau yg bakat che x lah ke mana sangat. Tapi che dah buat yg terbaik masa tu.

     Jalan cita video ni che dlm pencarian yg x berkesudahan.. ke hulu ke hilir mcm org kebingungan. Tu yg mcm stress jer muka dlm video ni. Video di terkandung dlm album karaoke khas Nora Panorama. Yg mengandungi 10 lagu dlm Panorama & lagu Sesuci kelopak mawar ni adalah lagu bonus. Yg mana dihasilkan utk drama bersiri yg bertajuk serupa yg diterbitkan oleh Radius One Production.

No comments:

Post a Comment