Sunday, May 29, 2011

Sephora di Bukit Bintang, Kuala Lumpur..




     Akhirnya terlancar Sephora di Malaysia.. cawangan Sephora di atas berada di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dilancarkan sebulan yg lepas. Che dah lama x pegi Bukit Bintang x tau pun dah dilancarkan!! Che tau bangunan yg unik bentuknya ni adalah bangunan untuk Sephora.. tapi x tau sewal ini.. 


     Kepada mereka yg tidak mengenal Sephora, ianya adalah one stop center untuk barang2 kosmetik.. perfume.. hair care.. skin care.. beauty toolls dan lain2.. Sephora membawakan jenama2 yg tidak terdapat ditempat lain & tidak punyai kaunter sendiri.. antara jenamanya Urban Decay.. yg terkenal dgn eyeshadow primernya.. NARS.. yg terkenal dgn compact powdernya.. dan lain2.. 


     Di Sephora mereka juga punya kosmetik lengkap daripada foundation hingga ke set berus.. che sempat mendapatkan 2 way cake bedaknya. yg mana che rasa berkuali dgn harga yg sangat murah. Iaitu Rm65 sahaja.. che beli no33.. warnanya sangat natural dgn warna kulit che. Tapi bedak ni bukan utk kegunaan sendiri sebenarnya. Tapi untuk pelanggan2 che nanti.. 


     Che diberitahu tak lama lagi Sephora akan membuka cawangan ke 2 nya di KLCC. Dengan kebesaran 3x ganda berbanding dgn cawangan di Bukit Bintang ini.. che harap dgn adanya cawangan Sephora ni di Malaysia, harga2 jenama2 ternama lain seperti MAC akan rasa tercabar & akan menawarkan pelbagai tawaran istimewa & harga yg lebih menarik..


     Kepada semua.. jangan lupa singgah ke Sephora bila ada masa nanti na.. semoga pengetahuan kita lebih mendalam & semoga lebih banyak saingan jenama2 kosmetik di Malaysia ni & kita tidak ketinggalan bila negara2 lain menikmati keistimewaan barangan tertentu.. gitew...

No comments:

Post a Comment