Monday, May 23, 2011
Tragedi tanah runtuh Sekolah Agama & rumah anak yatim Madrasah at-Taqwa Hulu Langat..
Semalam kita dikejutkan dengan berita tragedi tanah runtuh di Hulu Langat yg meregut 16 nyawa & mencederakan 9 org lain lain. Gambar di atas dikatakan diambil untuk majlis yg dirancang. Persembahan nasyid yg akan diadakan di bawah khemah tersebut.
Jika kita perhatikan betul2 memang tanah sebelah khemah itu sangat dekat & tinggi potonganya. Sangat bahaya jika berlaku tanahnya runtuh. Namun setiap bencana yg menimpa mesti ada hikmah disebaliknya.. mungkin kebelakangan ni kita rakyat Malaysia sebok bertegang leher mempertahankan parti2 politik yg sedang kita sokong. Banyak tuduhan2 & isu2 tertentu kita guna untuk bergelagah antara satu sama lain. Sehinggakan kita abaikan kebajikan anak kita & anak2 yatim yg memerlukan perhatian kita.
Sana sini kita dapat melihat parti2 berlawan2 menunjukkan keperihatinan mereka terhadap rakyat. Pelbagai projek dijanjikan. Dari pihak kerajaan & juga pembangkang. Tapi tak pulak kita lihat projek2 untuk kemajuan & kebajikan anak2 yatim??!! Mereka hanya diberi perhatian bila hari raya menjelma.. berebut2 badan2 NGO.. kerajaan.. pembangkang menunjukkan keprihatinan mereka.
Melihatkan kepada setiap wajah kanak2 di atas & memikirkan nasib yg menimpa mereka, membuatkan air mata che berlinangan.. kelihatan kegembiraan terpancar pada setiap wajah mereka.. Semoga tragedi ini akan mengubah cara kita semua berfikir & persepsi kita terhadap masa depan & kebajikan anak2 yatim ini.. semoga perhatian diberi tidak saja tahun sekali.. semoga mereka disayangi & dikasihi sepanjang hidup mereka amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment