Orang bila cakap pasal barang mekap, sekarang ni mesti akan keluar nama MAC. Kalau nyah pulak mesti Kryolan & Miyami jadik pilihan. Dari dulu lagi. Che dah try & guna pelbagai jenama yg ada dipasaran. Baik yg murah hingga lah yg mahal. Kalau yg mahal tu kebanyakannya hanya che beli bila selalu dengar good review pasalnya & try sendiri. Terutama review2 kat youtube. Unfair tau.. dorg beli jenama2 yg kita kat sini kena pk 2-3 kali sebelum beli, mcm beli jenama2 drug store jer.. (drug store tu.. ala2 kat farmasi & super2market..) Ya lah, mana tak nya? exchange rate berapa lah pulak? beli MAC mcm beli Revlon jer..
Kalau jenama2 murah selalunya che try sendiri di Watsons.. Guardian.. supermarket2.. buat masa ni jenama2 dari China memang x menepati quality control che. Ini kerana barang2 dari sana selalunya bahaya.. sbb kita x tau apa kandungannya.. & negara china pernah kecoh isu susu milamine suatu masa dulu. Kalau susu baby pun dorg boleh kotak katikkan, apa tah lagi barang kosmetik yg x masuk perut?
Satu lagi sebab che kureng barang kosmetik dari sana kerana memang x ada kualiti. Warnanya x menyerlah & x tahan lama. So sapa yg akan kena maki dengan kastemer nanti? che gak.. he..he..he.. buatnya kena kanser? lagi menakutkan.. x pasal2 kastemer jadik mangsa. Paling che xkan buat & pantang ialah beli barang berjenama terutama MAC kat pasar malam.. Danau kota.. dan lain2.. kalau setakat berus/ span / bulu mata / kotak dan lain2 selain dari basic item, x per kot.. tapi tetap boleh nampak perbezaannya bila pakai nanti. contohnya bulu mata.. ianya keras berbanding yg original.
Bagi mereka2 yg baru mengenal dunia solekan ni, che gerenti dorg x tau tentang kehebatan negara jiran kita Indonesia dalam dunia kecantikan ni. Terutama cosmetics. Banyak jenama2 hebat lagi berkualiti dari negara tersebut diserata dunia. Antara jenama yg sudah berada dipersada antarabangsa ialah PAC. Kris Dayanti juga punyai koleksi under her name. Iaitu KD by PAC. Semua koleksi itu adalah warna2 kegemaran & products2 kegemarannya.
So dalam entry che kali ni che akan senaraikan jenama2 yg ada dalam simpanan & yg che guna bila che buat solekan untuk kastemer & diri sendiri. Bagi mereka2 yg x tau tentang asas mekap, che akan terangkan 1 per 1..
Semua penggunaan jenama2 dibawah bergantung kepada tema majlis.. tempat yg ingin dihadiri & jenis kulit kastemer. mari kita mulakan.. gitew...
1. Asas/ basic - Foundation = Kryolan / Neutoractor / MAC / Sari Ayu / PAC / Stage.
2. Loose powder / compact powder = Kryolan / Pixy / MAC / Sari Ayu / Make up forever.
3. Eyeshadow = Bloop / PAC / Sari Ayu / Make up store / MAC / Body Shop / PAC / Make up forever.
4. Blusher = PAC / Sari Ayu / MAC / Make up store.
4. Eye liner & brow - pensel & liquid = Avon / MAC / Lore'al / Body Shop.
5. Lipstick / lip gloss = Sari ayu / MAC / PAC / Elizabeth Arden / Make up store / Stage.
6. Shading / concealer = Kryolan / Stage / MAxfactor / PAC.
7. Bronzer / highlighter = Stage / MAC.
Ini yg che ingat lah.. x che pun semua dlm beg mekap che tuh. Tapi che gerenti banyak lagi jenama2 yg che tertinggal. Tapi ini hanya untuk pengenalan kenapa semua. So kalau ada sesapa nak tanya apa, tanya lah ya.. che akan cuba jawab.. kat bawah tu tu letak website2 jenama2 yg che sebut2 tadi..
Kryolan - http://www.kryolancosmetics.com.au/
Make up forever - http://www.makeupforever.com/
PAC - http://www.pacbeauty.com/index.php/en/
Sari Ayu - http://www.sariayu.com/
Stage - x jumpa lak.. he..he..he..
Avon - https://www.my.avon.com/REPSuite/loginMain.page
Body shop - http://www.thebodyshop-usa.com/
Make up store - http://www.makeupstore.se/usen/home.php
MAC - http://www.maccosmetics.com/index.tmpl
No comments:
Post a Comment