Sunday, April 24, 2011

Lambakan MAC tiruan di Danau Kota..

    
     Tadi che temankan kawan che ke Danau kota. Dia nak carik ikan peliharaan untuk akuarium yg baru dia miliki. Memandangkan semua kedai dah sah2 tutup mlm2 ni kan, so che pun ada teringat kat sana ada 1 booth jual pets. So kita org pun ke sana lah.. 


     Tempat dia yg dulu tanah kosong atas bukit tengah2 pasar malam Danau Kota tuh. Sampai kat sana memang ada pelbagai jenis ikan & haiwan2 lain. Yg paling menarik bagi che, Sugar Glider.. binatang yg berasal dari Australia.. dia ala2 tupai kecik yg meloncat dari pokok ke pokok. Ada mcm sayap kecik antara kaki depan dgn kaki belakang dia. Comel sangat. Mata besar. Muka kecik. Manja pulak tu. Yg kedai tu jual harganya RM240. Kalau besar binatang ni, mungkin che berminat. Ni kecik jer. Ala2 besar tikut. Cuma bulu panjang & ekor panjang sekali ganda dari badan dia. 


     Lepas kawan che beli ikan yg dia berkenan, kita org terus balik. Sepanjang menyusuri pasar malam tu, che dapati berlambak2 kedai jual barang2 kosmetik tiruan. Terutama MAC. Semua gerai yg jual kosmetik, mesti ada barang MAC tiruan tuh!! Bukan nak menutup periuk nasik peniaga2 nia.. tapi seperti yg che cakap dlm entry che sebelum ni kita x tau kandungan yg ada dlm barang2 ni. Kita letak pulak kat muka kita or pelanggan (utk mekap artist).. Kalau jadik apa2, kat sapa kita nak mengadu? kat sapa ktia nak saman? kilang MAC original? Layak ke? berhak ke?

     So che nasihatkan kepada sesapa yg jadik penggemar MAC tiruan, start lah guna yg ori. Kalau x mampu, beli jer lah jenama2 yg ala2 pun.. Loreal & the geng.. sekurang2nya dorg berdaftar. Kalau jadik apa2 kita boleh ambek tindakan. Sebab takut kena kanser.. barang2 terlarang & bahaya terkandung dlm jenama2 kosmetik tiruan ni. Kita kalau boleh nak hidup lama.. dan cantik sampai tua. kalau dah cacat separuh hidup? menyesal x sudah.. gitew...



     Kepada sesapa yg nak tau rupa sugar glider tu, ni ya.. comel!!!





No comments:

Post a Comment