Thursday, April 14, 2011

Mekap artist & photographer zaman ini..


Che buat mekap dah bertahun2.. dulu secara sambilan.. tapi buat full time sejak last year. Selain mekap che jugak buat fotografi & wedding planner. Sejak aktiv secara full time ni che perasan makin ramai mekap arits & photographer muncul dipasaran.    

       Ini adalah saingan sihat untuk che meninggikan kuali che dlm mekap & photography yg che tawarkan. tapi apa yg terjadi sekarang ni atas pemerhatian che, kebanyakkan yg hadir dipasaran hanya merosakkan nama mekap artist & photographer yg sedia ada. 

       Ini berlaku kerana kebanyakan mereka yg hadir ini memilih kerjaya ini hanya kerana mengikut trend & hanya untuk mendapatkan wang extra.. kualiti mekap & photography yg mereka tawarkan hanyalah indah khabar dari rupa. 

       Selain itu mereka juga membuatkan harga pasaran jatuh mendadak hanya kerana inginkan pelanggan memilih servis mereka. Bayangkan mereka sanggup menawarkan harga RM50 untuk 1 sesi solekan!!!  sedangkan sebelum ini harga tidak pernah kurang dari RM100 untuk 1 sesi. Oleh kerana kebanyakan pengantin ingin mengurangkan kos, mereka mengambil risiko untuk terima khidmat mereka. Namun semuanya hanyalah janji2 kosong bila tiba masanya nanti hasil yg diberikan Seolah hasil tangan amator!!!

     Begitu juga berlaku pada photography perkahwinan. Ramai remaja atau golongan lelaki sekarang berebut2 membeli DSLR untuk menjadi wedding photographer. Tiada kursus yg mereka pergi. Hanya bermain dgn kamera & belajar sendiri dgn idea & pendapat sendiri. Cukup sebulan explore, mengaku diri sendiri sebagai weeding photographer!!

     Mereka juga menawarkan pelbagai pakej2 yg murah & menarik. Yg mana akhirnya mengganggu harga & konsep pasaran. Contohnya outdoor shooting. Suatu masa dulu ianya dilakukan sebagai Pre Wedding Photo. Iaitu gambar2 atau album yg diambil sebelum hari perkahwinan. Yang mana sering dilakukan oleh pengantin2 berbangsa cina. Namun sekarang ini ianya menjadi suatu kemestian yg perlu ada dlm album perkahwinan seseorg itu.

     Gangguannya & kelainan antara konsep ini antara bangsa cina & kita ialah photographer untuk pengantin melayu ini terpaksa menunggu majlis selesai& kemudiannya membawa pengantin ke tempat2 menarik utk shoot outdoor. Kadang2 melarat sehingga ke malam. 

    Di sini lah kewujudan pelapis2 baru ini sedikit sebanyak telah mengganggu & menyusahkan mereka2 yg sudah lama berada di dalam industri ini... gitew.. tak salah untuk masuk dlm industri.. tapi kena gunakan akal supaya tak menyusahkan diri sendiri & orang lain...

No comments:

Post a Comment