Salam pagi semua.. che nak cerita pasal operasi mencarik pinggan antik pusaka gitew.. panjang gak lah kot kisahnya nanti ni.. mari kita mulakan..
Sabtu lepas April 16/11 che dgn kawan che Azrin & Haris lepak2 kat area Jalan Tar.. pegi pasar malam.. Gulatis.. Sogo.. Pertama.. & City One Plaza.. kat sana Azrin & Haris beli aksesori utk andaman dorg. Dapat harga istimewa.. che guna teknik gatal2 dgn bangla tu.. he..he..he.. lepas tu kita org tengok wayang cita Scream4 kat Caps Square.
First time gi sana. Meletops gak. Cuma x ada org sangat. Baru lah che dapat tau yg TGV kat situ adalah port utk org tgk cita Hindustan. So ramai kaum Singh.. abangla.. dll.. berbalik kepada cita pinggan che tu. .he..he..he... so lepas tgk cita suspender tu.. kita org lepak lah kat Kg baru.. makan2.. minum2.. cuci mata.. gitew..
Seperti biasa kita org kalau lepak2 mcm2 topik keluar.. dari cita hantu sampai lah cita sex!! he..he.he.. tup2 terkeluar cita pasal pinggan2 lama.. Arocopal.. Acoroc..Pyrex.. dll.. che cita lah che x ada pinggang mangkuk2 yg boleh mak che & nenek che turunkan kat che. Sbb che adik beradik pelingkup kat rumah tuh!!! bayangkan che boleh buat penutup Tupperware original yg mak che beli sebagai mumbereng!! baling2 ke langit passing2.. dgn adik che.. bila landing kat atas bumbung umah org, Masuk umah ambek yg lain!!!
Patut lah che selalu kena sebat masa kecik dulu. Jahat mengalahkan mat rempit!! he..he..he.. pinggan mangkuk jangan cerita lah. Beli hari ni, hari ni gak berderai!! pasal tu mak che selalu beli yg branded2 jer.. utk tahan lama. Tapi kalau anak dah mcm jembalang botol, sama jer.. he..he..he... pasal tu lah segala benda2 lama memang x ada dlm simpanan mak che. Semua hangus dibawak angin..
So.. bila dok cita2.. kawan che si Haris cakap kat kg dia ada banyak!!! kalau che nak, dia boleh uruskan!! che punya lah teruja!!! sebab che tgk pinggan yg che nak tu ada jual dlm mudah.my sekeping RM10. che nak beli x beli2.. bila Hariz ckp mcm tu che pun cakap NAK LER!!!! dia cakap monyang dia ada banyak. So kalau mintak 4-5 keping x der masagalahnya..
Che suruh dia kol mak dia kat Negeri Sembilan tu dulu. Kalau kompom ada, kita org akan buat Operasi Pinggan pusaka esoknya.. iaitu hari Ahad. Semalam lah.. pagi Ahad tu Hariz kol ckp pinggan tu mungkin ada kat rumah lama dia membesar tu. Tapi rumah tu dah jadik pusat Tahfiz anak yatim. Kalau ada banyak & dorg x pakai boleh lah ambek.
Kalau x ada kat sana kita org akan memberanikan diri pegi ke rumah monyang Hariz yg agak misteri nusantara. Kat sana memang gerenti ada. Cumanya rumah tu agak menyeramkan mengikut kata Hariz. Bermula lah Ops Pinggan Pusaka kita org...
Kita org bertolak kol 2pm hari Ahad.. perjalanan sangat menyeronokkan.. kita org nyanyi sama2 lagu lama yg sedang dimainkan.. lagu Frans lah.. Nora lah.. Shima lah.. Ramlah Ram lah.. dah puas nyanyi dlm pukul 5pm kita org sampai ke tempat dituju.. che x ingat nama Kg tu.. Pelangai kot.. sampai jer kat rumah lama yg sudah dijadikan pusat Tahfiz anak2 yatim tu, kita org disambut oleh budak2 kat sana dgn hormatnya.. rasa terharu pun ada..
Terus che rasa x sampai hati untuk ambek kalau ada pun pinggan tu kat sini.. kecuali memang ada berpuluh2 kat situ. kita org buat2 berlakon melawat rumah tu.. Hariz bagitau lah kat budak2 tu yg dia pewaris rumah tuh.. so dorg pun benarkan lah kita org ronda2 sekitar luar & dalam rumah tu.. masa tu mata che dah tertumpu kat rak pinggan mangkuk.. tapi che x nampak pun.. so che pun terus lah melupakan hasrat che tu..
Kalau ada pun che x sampai hati nak ambek!!! kesian budak2 tu.. Hariz selongkat rak2 tu.. dia jumpa.. & tanya kat che.. nak x? che cakap x payah lah.. tapi kita org xnak lah tunjuk kat budak2 tu niat sebenar kita org.. bila dah hampa.. che terus tanya pasal rumah monyang dia yg misteri itu.. ada org x kat sana skrg? berapa org dok sana skrg? bila dia bagitau umah tu hanya 2 org jer yg duduk, che pun ala pujuk dia ke sana.. sesampai jer kita org ke rumah monyang dia tu, ternampak ada kereta pakcik dia. pakcik yg dia kureng sikit.. menurut dia Ops pinggang susah sikit kalau ada pakcik dia tu..
Kita org masuk gak akhirnya rumah moyang Haris tu memandangkan kelihatan pakcik dia tu mcm tengah berkemas2 nak balik. Masuk jer rumah tu suasana ni gelap sikit.. dan kelihatan muram jer.. itu membuatkan lagi cerita2 seram tentang rumah tu yg hari & azrin cerita tu lebih menyeramkan.. lepas salam dgn pakcik.. makcik.. nenek & monyang Haris, dia terus menuju ke dapor!!! he..he..he.. dia cakap dgn nenek dia nak beberapa keping pinggang lama untuk buat wedding.. kastemer nak pinggan lama mcm tu katanya!!! pandai menipu warga emas kan!!! dosa kering x pasal2.. nenek dia pun cakap.. ambek lah!!! berbunga2 hati che terus!!! dosa kering, dosa kering lah!!! he..he..he...
Haris terus selongkar almari pinggang mangkuk nenek dia tu. Dia tunjuk pinggan yg che idam2kan tuh!!! tu dia!!! tersergam indah!!! dia ambek 5 keping pinggan makan.. & 6 keping piring.. dgn corak yg sama.. dia jugak mintak teko lama yg terletak dlm almari sebelahnya. Tapi dengan corak yg agak berlainan.. Tapi kalau bagi, che ambek jer.. gitew...
Dah dapat apa yg che nak, baru lah kita org relax2 dlm umah tu.. minum2 & sebagainya.. dah puas minum2 kita org pegi belakang umah.. sbb Haris nak carik daun Puding utk buat masak rendang.. first time che dengar ttg daun tu.. lepas kutip daun tu, masa nak masuk dlm rumah balik kita org ternampak pinggan & piring antik sama design dgn yg kita org ambek tu kat luar rumah.. terletak x digunakan. so apa lagi?!?! che terus ambek & cuci.. bertambahlah pinggang & piring che!!! he..he..he...
Bila masukkan semua pinggan & piring2 yg che nak tu dlm plastik beg, che cakap dgn Haris & Azrin che nak tengok bilik atas.. bilik yang dorg katakan misteri.. bilik yg x dibenarkan sesapa pun masuk.. tapi dihias cantik serba kuning.. bilik yang dibiarkan kosong terhias.. gitew.. lepas dapat kebenaran dari nenek Haris, kita org pun naik ke atas.. dgn perasaan yg agak takut.. sampai kat atas keadaannya sama.. suram & gelap.. x ada tingkap dibukak. bilik yg dimaksudkan tertutup rapat!! Haris hanya berani untuk mengintai dari lobang kunci pintu jer.. che pun x berani lah nak suruh dia bukak!! x nak carik pasal!!!
Kat bilik sebelah pada bilik tu pulak ada bilik yg digunakan oleh monyang untuk menyambut baby. Untuk rekod monyang Haris tu bidan kat kg tu.. lantai bilik tu ada lobang2 untuk mengalirkan air ke bawah.. bilik tu jugak digunakan semasa memandikan jenazah aruah datok Haris.. memang bilik tu seolah hanya untuk kegunaan upacara2 begitu.. mungkin rumah2 lama memang ada bilik mcm tuh..
Memandangkan kita org pun x lah berani sangat nak buat apa atas tu, kita org terus turun balik. Tapi sebelum turun tu che beranikan diri utk mengintai kat lobang pintu bilik misteri nusantara tu.. x ada apa yg che nampak sangat sbb terlalu kecik lobang tu. Tapi che nampak ada katil antik besi.. cadar kuning berenda2.. kemas x terusik katil tu.. yg mengherankan che.. kenapa bilik tu terang benderan berbanding bilik lain & ruang atas tuh... sedangkan tingkap bilik tu sama tertutup tingkapnya!!! macam mana tu?!?!!
Che lupa bagitau tadi kot.. moyang Haris tu masih hidup & duduk kat rumah tu. umur dia lebih dari 100 tahun!! kecik jer orgnya.. dia masih boleh berjalan.. cuma terhingkut2.. lepas tu dia mcm nyanyok2.. sentiasa akan mengeluh sakit.. aku sakit.. aku sakit katanya.. bila senja menjelma, Haris kelam kabut nak balik.. dia x berani dok umah tu waktu malam & senja.. nenek dia yg menjaga monyang dia tu pun menurut dia selalu dengar bisikan2.. & cakap yg bukan2.. kebetulan waktu senja tu menurut Haris nenek dia seolah2 dah lain kelakuannya.. tu yg dia nak balik cepat2 tuh..
Masa on the way balik KL, kita org singgah makan durian kat tepi jalan.. kat Tanjung Ipoh.. dah puas makan.. masuk balik keta, over heated katanya!!! terus kat H!!! keta che tu mmg ada masalah tuh!!! dah hantar repair berkali2 tapi sama jer!!! tiba2 jadik!!! x tau kat mana salahnya!!! so kita org terpaksa tunggu keta tu sejuk.. bila dah rasa sejuk kita org gerak.. tapi masih x leh gak!! bila dah rasa mmg x ada harapan nak sejuk keta tu, che pun talipon ler insurans keta che untuk suruh tarik keta che.. kalau boleh sampai ke KL lagi bagus!!! tapi insuran che tu cakap dia cover towing max RM300 jer.. selebihnya che kena tanggung. Perjalanan dari tempat kita org ke KL berharga RM480!! so che kena tambah lagi RM180!! xnak che!!
Kita org ambek keputusan untuk tarik ke rumah parent Haris. Kat Ampangan. Negeri Sembilan gak. Ke sana free... keta che tu kena biarkan semalaman, esoknya akan ok.. so kita org plan nak bermalam kat rumah Haris tu.. x pun lepak 2-3 jam ke.. sampai rumah Haris, abg & adik dia kerjakan keta che tuh!! mcm2 benda dorg bukak & korek2.. mcm2 benda tersumbat kita org jumpa. Segala tempat tersumbat.. berjam2 godek2 tapi hasilnya sama gak!!! hangin sgt!!! kita org pun ambek lah keputusan nak x nak tido kat rumah tu..
Masa makan malam.. mak Haris pun bukak lah cerita.. katanya dia ada berpesan kat Haris sehari sebelum kita org bertolak buat Ops pinggang kita org tuh!! pesan dia ialah.. kalau moyang dia nak bagi apa2 or pinggan nanti, jangan terima.. tapi kalau dari nenek dia x per.. sebab mak dia mengesyaki yg moyang dia tu ada "benda"... pasal tu moyang dia masih hidup.. utk rekod che percaya benda2 nih.. so kalau moyang dia offer nak bagi benda2.. takut2 nanti benda yg nak dibagi tu ada "benda" tu sekali.. ala2 pewaris ler si Haris tu nanti!!! secara halus "benda" tu turun ke dia!!!
Bila mak Haris cakap mcm tuh, terus kita org terpikir!!! mcm mana dengan pinggang & piring kat luar rumah yg che ambek tanpa kebenaran tu?!?!! pinggang elok yg diletakkan kat luar tuh?!?! kenapa pinggan tu kat luar?!?! adakah untuk memberi "sesiapa" makan bila perlu nanti?!!! adakah pinggan tu untuk kegunaa "sesiapa" nanti?!?!!
Aoyoyoyoyoyoo!!!! meremang bulu roma bila pk!! tapi che malas & xnak pk yg bukan2 dulu.. selagi x jadik apa2 che rasa x ada lah.. bila jadik apa2 baru che nak pk apa langkah seterusnya.. buat masa sekrang ni che nak happy sebab dapat gak pinggan lama masa che kecik2 dulu.. teringat makan nasik lauk masak lemak putih ikan tenggiri dgn kicap dlm pinggan tuh!!! sedap sangat rasanya!!! he..he..he...
Kita org bertolak dari Ampangan Paroi kol 7 pagi tadi.. sampai KL kol 9.. meter suhu tu naik 2 kali.. tapi turun balik.. nasib baik x perlu ditunda lagi!!! syukur sesyukurnya!!! memang mencabar & happy sangat pengalamaan & perjalanan che sepanjang semalam.. best sangat.. lepas ni kalau ada apa2 che x berani nak bawak keta tu lagi dah!!! benda cepat jadik lambat!!!
Apa pun che berterima kasih kepada Haris atas jasa dia & usaha dia utk merealisasikan impian che.. terima kasih gak kat Azrin sebab sama2 berkongsi masa & titik peluh semalam.. gitew... dan.. seperti yg ditunggu2.. ini lah gambar pinggan & piring yg memberi pengalaman misteri nusantara & kegembiraan sepanjang hari kita org semalam!!! he..he..he... mungkin bagi korang biasa jer.. tapi bagi che...yahoooooo!!!!! gitew...
Oooo.... pinggan antik tu... huhuuhuhu.... dh mcm krew misteri nusantara edisi che wan n the gang...
ReplyDeletelaaaa pinggan mcm tu aku masih guna lagi kat umah, nokes!! tapi x byk laaa... arwah nenek punya jugak. Pelangai kat mana tuh??? Rumah nenek Haris tu kat mana? Singgah mkn cendol pilah tak? Rojak pilah try tak?? kono try duo bondo tuh!! Baru complete lawatan ke Pilah!!
ReplyDeleteIja
Sayang - napa komen che aritu x der? eeemm.. tu lah.. serams gak tau..
ReplyDeletefaye - masagalahnya che x ada.. opah che x der.. mak che pun x der.. so terpaksa carik.. gitew.. thanks to haris.. dia ada nak bawak ke rojak tu. tapi tutup. dah petang.. so kita org makan kat stesen bas tu.. awak org sana ke?