Tuesday, April 26, 2011

Le Tour De Memori



     Semalam che ada buat appointment dengan member che nak jumpa kat KLCC lunch hour. Tapi memandangkan che x leh tido langsung kelmarin, so lepas mandi dlm kol 6am, che terus bertolak dari umah. Che plan asal nak parking kat stesen LRT Dato Keramat seperti mana selalu che buat. Pastu naik LRT ke KLCC. Nak breakfast kat mamak Wisma Central. Tiba2 masa on the way tu che terpk.. dah lama x naik LRT Star. So che lencongkan haluan ke Pandan Jaya. Dekat gak dgn umah che. Che parking kat sana pastu tukar ke LRT Putra kat Masjid India.


     Sampai car park stesen Pandan Jaya tu dlm kol 7am lebih che heran. Kenapa x banyak keta? keluar jer keta, ada abangla menghampiri che.. patut ler.. kena bayar sekarang. RM3 hengget lagi. Dulu free. Patut x der org. Ramai org kat stesen tu. Lebih ramai daripada 10 tahun dulu!!! last sekali che naik kat sana masa che skandal2 dgn org sana.. gitew.. 


     Sesampai jer lrt ke stesen semua org berebut2. Che pun mcm nak berebut!! tiba2 terlintas kat kepala che. Kenapa che nak berebut sekali? apa yg che nak tergesa2kan?!! terus che berundur.. setibanya lrt yg ke 2, baru che naik.. baru che teringat betapa senyapnya lrt Star berbanding lrt Putra.. x dengar pun geseran antara tayarnya dgn landasan. Kalau Putra tu.. ya ampun!!! nak borak pun x dengar!! mcm berkarat jer landasan or tayarnya tu.


     Dalam kol 8 che sampai kat Masjid Jamek. Berebut2 org mengejar masa. Macam2 org.. mcm2 bangsa.. mcm2 kerenah.. che terpinga2. Dah lama x naik star kat. Turun dari tangga, che x tau nak tuju ke mana? seingat che nak turun bawah tanah utk ke lrt Putra ada 2 lobang. Tapi che x nampak lobang yg arah ke Masjid India tu. Ada construction berlaku kat sana. So che tuju lobang lagi satu. Yg bersebelahan sungai seberang Masjid Jamek tu. Masa nak ke sana, terus che teringat kenangan naik lrt Star tu setiap kali hari Jumahat masa che keja kat Citibank bangunan lama. Kat Medan Pasar tu. Skrg dah jadik AmBank. 


     Tiba2 che rasa mcm nak angkat gambar bangunan Citibank lama tu. Saja untuk kenangan. Che pun menyusuri lah jalan tepi antara sungai Klang dgn bangunan HSBC Medan Pasar tu. Sesampai kat bangunan tu, terflash lah kembali kenangan lama che kat bangunan & kawansan tu. Kat situ lah che mula2 keja tetap dulu. Very the jantan masa tu.. dulu area tu very the buzy. Situ lah pusat KL. Bila org cakap KL, kat area situ lah tempatnya. Medan Pasar.. CM.. Bangkok Bank.. Kotaraya.. eeeemmm... 


     Dah puas tengok2 area tu, che ke belakang ke kawasan Dataran Merdeka. Kat Bangunan Bank Pertanian dekat dgn Daya Bumi dulu adalah tempat paling hot bila kita org pekerja2 Citibank ni nak makan Chicken Chop. Ada 1 gerai tu Chicken Chop dia murah & sedap!!! RM5 hengget kalau x salah che. Memang sedap. So che pegi lah ke sana utk mengimbau kembali kenangan2 lama tu.. sepanjang perjalanan che iaitu berjalan kaki tu, rasa mcm balik ke zaman dulu jer.. perbezaannya kawasan tu dah tak segah dulu. Sebab sekrang banyak tumpuan2 lain kat Kuala Lumpur ni. Che sendiri dah x pegi ke sana dah.


     Bukan sebab che x pernah ke sana dah. Tapi dah lama x turun kereta or betul2 melawat kawasan tu. Itu yg membuatkan che terasa sangat sepanjang perjalanan che. Dah puas tengok2 dan angkat gambar, che terus menuju ke Dataran Merdeka. Nak tengok ada x perubahan besar yg mungkin che x perasan. Kereta masih banyak mcm dulu. X ada apa yg berubah sangat kat sana. Masih cantik & nampak gah dgn sejarahnya..


     Lepas Dataran, che tuju pulak Central Market!!! tempat yang sangat gemilang 10-20 tahun dulu!!! asal nak lepak, CM lah.. asal nak carik cenderahati, CM lah yg dituju!!! cenderahati x lain x bukan, papan kayu dan ucapan2 tertentu. Selamat Hari Jadi lah.. Selamat Pengantin Baru lah.. mcm2. Pastu CM terkenal pulak sebagai tempat utk print baju. Budak2 sekolah berebut ke sana buat printing group2 dorg or persatuan2 tertentu. Kalau pakai baju sepatent ni mcm bangga lah.. gitew.. Jangan lupa CM jugak tempat org carik eksesori2 diperbuat daripada pelbagai medium. Kulit lah.. kayu lah.. tempurung lah.. besi lah.. mcm2.


     Tapi masa che sampai kat CM tu masih awalkan.. so x bukak lagi. Tapi CM memang dah mengalami perubahan agak drastik kat luarnya. Dorg dah buat ala2 bazaar kat luarnya. Ada gerai2 kecil menjual perlbagai cenderahati. Yang ni che memang tau. Sebab beberapa minggu lepas che ada pegi ke sana. Nampak lebih menarik lah. Utk mereka2 yg x tau, CM dulu adalah tempat cruising.. kat toilet & belakang CM tu. Tak tau sekarang masih lagi ke tak. Sebab che cruising kat Pavilion jer skrg. Gitew..


      Dari CM che ke Kotaraya.. kat sana x berapa teruja sangat. Sbb che baru jer ke sana gak. Beberapa minggu lepas. Sebab che dgn kengkawan berjalan2 ke Petaling Street. Saja buat tour gak. Tapi jangan perlekehkan kehebatan Kotaraya suatu masa dulu. Kat situ lah org pegi carik baju2 kalau malas nak ke Pertama & Campbell ok.. sama dgn S&M!!! he..he..he.. lama x sebut S&M!!! situ very the happening dulu. Ada food court kat atas sekali. Tapi sejak keluar Buletin Utama isu peralatan seperti pinggan, sudu & garpu yg dicampurkan dgn gerai2 yg jual makanan x halal, terus jatuh tempat tuh!! 


     Che dah sedar benda tu lama sebelum Buletin Utama siarkan. So che memang x makan kat sana. Cuma shopping2 jer. Dari Kotaraya che lalu ke lorong Bangkok Bank!!! he..he..he... dulu kalau nak bas mini nak ke KL, itu lah destinasinya!! Bangkok Bank. So tau lah org. Kalau Bangkok Bank tu maknanya boleh ke CM, Daya Bumi, Kotaraya, S&M, Medan Pasar, Dataran Merdeka, Metrojaya (skrg Mydin), Petaling Street dan lain2. Kat situ gak merupakan transit utk naik bas lain utk ke Gombak, Yaohan The Mall, Pertama, Campbell, Kg Baru dan lain2.. Kenangannya!!!!


     Dari Bangkok Bank, che terus ke stesen LRT Putra balik. Puas jalan2 & angkat gambar. Che pun naik lah lart Putra. Sampai kat KLCC dalam kol 9am lebih. Dah bukak rupanya. Che x pernah sampai sana seawal tu. Dorg pun membenarkan org masuk & berjalan2 dlm tu. Walaupun store2 dlm tu banyak x bukak lagi. Che terus ke food court. Sarapan kat sana. Puas bersarapan & lepak2.. che pun jalan2 lah window shopping jap.. x ada apa yg menarik sangat pun. Isetan sedang renovate groud floor dorg. Nak buat mcm mana entah.. Che singgah kat Bobbie Brown. Nak tengok foundation palette yg selalu che tengok org guna dlm youtube. Kena order. Harganya? RM880!!! boleh??!! tapi ada banyak warna lah. Dalam tu ada foundation & concealer. Tapi baik che beli Kryolan palette. Dalam RM400 jer. Sah2 che tau hasilnyaa.. 


     Lepas tu che ke Kinokuniya. Kedai paling che suka kalau ke KLCC. Apa saja buku yg che nak, ada kat sana. Gerenti ada!!! kalau x ada, dorg boleh orderkan!! Che berkenan dgn buku Interior ni.. memang meletops umah tuh!!! harus che transform umah mak che mcm tu bila che pindah sana nanti!!! bila tengok buku tu membuatkan che x sabar utk pindah selayang lak. Nak transform habis2 umah mak che tu. Dah mcm apa che tengok setiap kali balik sana. Tengah sebok2 tengok buku, tiba2 kawan che kol nak tukar venue perjumpaan kita org dari KLCC ke stesen lrt Putra Jelatek. Sebab dia halfday pulak. Kena balik sebab anak dia demam. Che kena jumpa dia dlm kol 1 tengahari. 


     Che pun habiskan lah masa dlm Kino tu.. dah puas che pun bertolak. Jumpa lah dia kat sana dlm kol 1 lebih. Lepastu che nak balik. Masa tu che berbelah bagi.. Nak naik teksi ke Pandan Jaya ke, naik lrt tukar2 mcm yg che buat paginya tu? utk rekod stesen Jelatek tu 5 minit jer jaraknya dgn umah che!!! 15 minit ke Pandan Jaya. Tapi memandangkan waktu tu lunch hour, che ambek keputusan utk naik lrt..


     Masa otw ke umah, che tiba2 terpk persiapan che shooting utk Cover Majalah Impiana Rabu ni. Che x siap barang2 utk deco atas meja. So che pun melencong ke Jusco Maluri. Yang mana dekat jer dari stesen Pandan Jaya tu.. Che pun beli lah eksesori2 sikit. Sampai umah dlm kol 3pm lebih. Terus baring kat bilik. Terus pensan!!! sedar2 kol 8pm!!! che bangun kejap, minum2 sambung lagi!!! sebab che xnak berjaga. Takut nanti x leh tido mcm kelmarinnya.. sambung punya sambung, kol 6am baru che bangun & mandi..


     Ni che baru jer lepas sarapan kat area umah. Puas tido!! x update langsung FB & blog che. Che janji kat kengkawan nak buat semalam.. so yoll.. x sempat... harap2 bebelan che ni memuaskan hati yoll.. kat bawah tu che letak gambar2 yg che ambek semalam.. kenangannya... gitew...




Simpang 4 di Medan Pasar.




Dataran Merdeka.




Bangunan Sebelah Dataran.




Simpang antara Dataran  Merdeka & Medan Pasar.








Central Market. Di luarnya.. dah lain sikit.. dulu lorong ni tempat org buat show & lain2..





Bangkok Bank. Sunyi berbanding dulu..




Masjid Jamek. 

No comments:

Post a Comment