Sunday, April 24, 2011

Rumah che dlm Majalah Jelita & Majalah Impiana ..

    


  Memandangkan baru kebelakangan ni che nak mengaktifkan diri dlm dunia blog ni dan selama ni semua update2 che hanya dlm FB jer, che tgk x ada pun entry che pasal rumah che yg pernah tersiar dlm Majalah Jelita pada bulan February yg lepas. 


     Sebenarnya member che producer drama banyak kali offer nak guna rumah che utk drama2 keluar dia. Tapi memandangkan che tau yg dia akan dtg dgn angkatan krew2 lebih dari 20 org, so che tolak lah pelawaan dia walaupun berbayar.. 


     Tapi bila kenalan che dari Majalah Jelita menghubungi che utk mengambil gambar rumah che utk disiarkan dlm majalah tu, che terus terpk.. mungkin peluang ni che boleh gunakan utk dapat contact utk job mekap kat majalah tu. So che pun bersetuju.. dgn harapan bila dorg perlukan mekap artis dorg akan carik che. 


     Malu sebenarnya.. tapi demi utk masa depan, che setuju. rumah che x lah meletops mana pun. Che sendiri tau rumah mcm mana yg layak & rumah mcm mana tidak. RUmah che dlm kategori "biasa jer".. gitew.. So dorg pun dtg lah.. sorg wartawan & sorg cameraman. Tak lama lepas tu keluar dlm Majalah Jelita keluaran bulan Februari 2011.


     Tiba-tiba dua minggu lepas che terima panggilan daripada org Majalah Impiana majalah terkemuka pasal Interior kat Malaysia ni. Katanya berminat utk shoot rumah che utk keluarannya yg akan datang. Memandangkan che pun nak jual rumah ni, apa salahnya che punya kenangan rumah che tersiar dalam majalah Impiana.. yg mana menjadi impian setiap hadek2 yg sukakan deco2 ni.


     Biarlah hadek2 lain kata che berangan ke apa ke, ini hanya lah utk kenangan. Tak lebih dari tu. Asalnya dorg dapat contact che dari member che yg kenal org Impiana tu. Dia hantar gambar rumah che sbb bagi dia, rumah che layak utk menghiasi majalah tu.


     Memandangkan che x nak berhabis2an mcm apa yg che buat masa untuk majalah Jelita dulu iaitu beli mcm2 barang eksesori di Ikea & lain2, kali ni che ambek keputusan utk pinjam jer beberapa barang. Untuk tidak membazir semata2 untuk shooting jer. 


    Untuk rekod che x ada set dining yg lengkap kat rumah che. Tak pernah che terpk utk beli 1 set utk meja makan che. Sebab rasa mcm mokcik2 lak kalau beli set2 ni. So apa yg che ada semuanya lain2. Contohnya pinggan 1 set.. cawan 1 set.. piring 1 set.. tapi sesama barang2 tersebut, semuanya belainan warna & corak.


     Memandangkan majalan Impiana adalah majalah interior terkemuka kat Malaysia ni, che xnak lah pandang remeh set dining tu. Dan utk berjimat, che ambek keputusan utk pinjam dari kawan che yg che yakin mak dia ada set dining lengkap dgn warna yg che inginkan. Iaitu warna hitam. Supaya nampak lain daripada lain. Che berjaya mendapatkannya beberapa hari sebelum hari shooting. Arcoroc lagi. Jenama kegemaran che. Gitew..


     Hari yg dijanjikan tiba.. dtg lah wartawan tu. Orangnya mesra. Selesa che menjawab soalan2 yg ditanya. Tak lama kemudian, cameraman dia pulak tiba. Terus lah shoot.. habis semua sudut diambil. Dalam masa 3 jam lah proses ni semua. 


     Dalam menjawab2 soalan wartawan Impiana tu terkejut bila che menerangkan beberapa item kat umah che tu adalah buatan tangan che sendiri. Dia sangat teruja dgn kebolehan che mencipta pelbagai lampu & hiasan. Dia mencadangkan che supaya membukukan idea2 & item2 yg terdapat dlm rumah che tu. Dia boleh tolong che utk urusan penerbitannya nanti!! che terkesima bila dengar idea dia & betapa mudah sebenarnya utk menerbitkan sesebuah buku. Yang penting idea mesti lah menarik.


     Beberapa hari lepas che dihubungi sekali lagi oleh wartawan Impiana. Memberitahu che yg rumah che akan dijadikan Cover untuk keluaran June 2011!!! terkejut giler!!! cover ok!!! malu pun ada!!! dorg akan datang semula iaitu hari Rabu ni bersamaan April 27/2011 untuk mendapatkan shot utk cover. Dan pastikan angle yg betul & menarik. Muka depan lah pulak.. gitew.. Che pun terkedu jap lah.. sebab seti dining tu che dah pulangkan kat member che. Tapi che cadang utk beli beberapa item utk matchkan dgn apa yg che dah ada skrg ni. Sbb rasa bersalah pulak. Tak kan asek nak pinjam jer? eeemmm....


    Nanti bila wartawan tu dtg che nak bincang betul2 mcm mana nak menerbitkan buku yg diperkatakan tu. Che akan jadikkannya suatu kenyataan!!! teruja sangat!!! bayangkan che ada buku che sendiri!!! WOW!!!! bestnya.. nanti kalau ianya jadik kenyataa che akan update dlm ni na.. kat bawah ni gambar2 yg che letak kat facebook dulu. Gambar dari majalah Jelita keluaran February 2001..









     

1 comment: